Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sekilas Ahad : Lima Rangkuman Berita Menarik 14 April 2024
 Sekilas Ahad : Lima Rangkuman Berita Menarik 14 April 2024
Semasa

Sekilas Ahad : Lima Rangkuman Berita Menarik 14 April 2024

by VOKALIS 14/04/2024 521
  1. Kes Tembakan KLIA – Dipercayai Lepas Tembakan Pada Isteri

Tular video seorang lelaki dipercayai melepaskan tembakan kepada isterinya sebelum terkena pengawal peribadi dalam kejadian di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 di Sepang awal pagi tadi.

Mangsa berada dalam keadaan parah dikejarkan ke hospital akibat terkena tembakan berkenaan.

Memetik laporan sinar harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian berlaku sekitar jam 1.15 pagi.

  1. Aliran Trafik Masih Sesak – Kenderaan Menuju Ke Ibu Kota

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama masih perlahan susulan kepulangan warga kota dari kampung halaman sempena Aidilfitri.

Menurut laporan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di aplikasi X, trafik bergerak perlahan di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan ekoran cuaca yang mulai mendung di beberapa kawasan.

“Trafik perlahan dari Pagoh ke Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh, Yong Peng ke Ayer Hitam dan Layby Simpang Renggam ke Sedenak,” tulisnya.

  1. Kawalan Diperketat – Elak Suspek Tembak Lolos

Polis Perlis meningkatkan kawalan sempadan bagi mengelakkan suspek kes tembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 melarikan diri ke negara jiran.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, kawalan ketat itu melibatkan koordinasi Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasukan sahabat lain.

Sebaik sahaja kita terima arahan dari Bukit Aman, polis kontinjen Perlis terus menggerakkan aset-aset berkaitan bagi meningkat kawalan khususnya di sempadan.

  1. 22 Rumah Alami Banjir Kilat – Susulan Hujan Lebat 2 Jam

Sekurang-kurangnya 22 rumah penduduk terjejas banjir kilat di dua kawasan di negeri ini susulan hujan lebih dua jam, hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA), Kamarulsyah Muslim berkata, kawasan terjejas adalah Kampung Gapam dalam Dewan Undangan Negeri Bemban selain Kampung Bukit Tambun, Kampung Parit Melana dan Kampung Bukit Balai di Durian Tunggal.

“Setakat jam 6.30 petang, sebanyak 16 rumah penduduk di kawasan rendah di Kampung Gapam dinaiki air yang melimpah dari sungai dan parit,” katanya.

  1. Syed Saddiq Doakan Bella – Beri Kata Perangsang

Ahli politik Syed Saddiq, 32, memberi kata-kata perangsang buat penyanyi juga Bella Astillah, 30, selepas kembali ditimpa dugaan rumah tangga baru-baru ini.

Syed Saddiq atau nama sebenarnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berharap Bella akan menemui ketenangan yang dicari. Dia juga berterima kasih atas kunjungannya beraya di kediaman mereka.

“Terus kuat Bella, kesabaran akan membawa ketenangan. Terima kasih sudi datang rumah beraya dengan keluarga,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Sensasi

‘Teal Blue’ Jadi Warna Pilihan Baju Melayu

by thevokal 11/03/2026 72

Menjelang seminggu sebelum menyambut Aidilfitri, seperti kebiasaannya tukang jahit menjadi orang paling sibuk kerana

Selebriti

‘Nak Raya Tapi Duit Tak Ada!’… Baby

by thevokal 11/03/2026 17

Penyanyi popular Baby Shima tampil dengan pendekatan berbeza untuk musim perayaan tahun ini menerusi

Selebriti

UTV Raih Sambutan Luar Biasa di Celebfest

by thevokal 10/03/2026 25

Platform penstriman Over-The-Top (OTT) UTV terus mengorak langkah memperluaskan pengaruhnya di peringkat antarabangsa apabila

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.