Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sekilas Ahad : Lima Rangkuman Berita Menarik 17 Mac 2024
 Sekilas Ahad : Lima Rangkuman Berita Menarik 17 Mac 2024
Semasa

Sekilas Ahad : Lima Rangkuman Berita Menarik 17 Mac 2024

by VOKALIS 17/03/2024 189
  1. Bina Rumah Hasil TikTok – Setahun Aktif Niaga

Tidak sampai setahun aktif berniaga, wanita Orang Asli dari Suku Jahut ini bakal memiliki rumah impiannya Mei ini yang dibina hasil jualan menerusi TikTok.

Walaupun hanya rumah kecil untuk berteduh seisi keluarga, namun sudah cukup memberikan kepuasan kepada Nur Rafidah Man, 26, dari Kampung Penderas, Kuala Krau, Pahang.

Dia yang mula berniaga sejak November lalu dengan menghasilkan produk sendiri berasaskan sumber hutan seperti kacip fatimah, tongkat ali dan madu, tidak menyangka perkongsian rutin harian, adat resam Orang Asli serta pemandangan suasana di kampungnya di aplikasi itu telah membuka pintu rezeki.

  1. Dhia Dijumpai – Dalam Keadaan Selamat

Kanak-kanak perempuan, Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar, 12, yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu, ditemukan dalam keadaan selamat di Sri Rampai, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kanak-kanak itu ditemukan oleh orang awam, 2.20 pagi tadi.

“Sebelum ini, kita mendapat maklumat yang menyatakan kanak-kanak itu berada di sekitar Sri Rampai,” katanya.

  1. Bayi Maut Dikelar Ibu – Maut Di Lokasi Kejadian

Bayi lelaki berusia setahun enam bulan yang dilaporkan maut di Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang semalam sah dikelar pada bahagian leher.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi berkata, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Uwais Mohd. Khairul itu maut di lokasi kejadian.

“Mangsa disahkan maut akibat dikelar di bahagian leher. Lokasi kejadian adalah di ruang tamu kediaman keluarga berkenaan,” katanya.

  1. Siang Medan Selera – Malam Pusat Layan Nafsu

Taktik licik pusat pelacuran berselindung di sebalik medan selera terbongkar selepas menjadi antara 11 premis diserbu polis di sekitar Jalan Pudu dan Jalan Bukit Bintang, semalam.

Setiap harga wanita pelayan pelanggan (GRO) ditetapkan melalui Kalung Bunga yang mana menjadi simbolik harga tertentu dan kemudiannya pelanggan boleh membawa keluar perempuan warga asing tersebut bagi tujuan perkhidmatan seks.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kesemua premis itu diserbu pasukan polis bermula pukul 2.50 petang sehingga pukul 11 malam.

  1. Bukan Saya – Bella Nafi Rancang Perangkap Aliff

Pelakon Bella Astillah, 30, tepis spekulasi mendakwa dia sendiri membuat perancangan tangkapan suaminya Aliff Aziz dan Ruhainies terhadap kes khalwat mereka baru-baru ini.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah akui terkejut dan takkan tergamak menjerat Ruhainies yang dianggapkan sebagai rakan baik.

“Kenapa saya nak rancang macam itu? Saya sendiri pun terkejut. Semua tahu saya baik dengan pelakon wanita terbabit itu (Ruhainies). Sebenarnya boleh periksa dekat pihak Jawi,” katanya dalam temu bual program Melodi, hari ini. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 235

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 391

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 258

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.