THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Santai
  3. Balik Kampung Dalam Bandar – Iftar Kampung Lah di Seri Kembangan
 Balik Kampung Dalam Bandar – Iftar Kampung Lah di Seri Kembangan
Santai Semasa

Balik Kampung Dalam Bandar – Iftar Kampung Lah di Seri Kembangan

by VOKALIS 18/03/2024 312

Ibarat pulang ke kampung halaman, itu perasaan yang akan dirasai pengunjung tatkala melangkah masuk ke buffet Ramadan Kampung Lah, Iftar Citarasa Kampung Lah di G2G by MTG Garden Hall, Seri Kembangan.

Membawa tema kampung halaman ke bandar, pengunjung bakal disajikan dengan hampir 100 hidangan Melayu asli resipi turun temurun Negeri Sembilan yang bakal memberi citarasa berbeza terutama kepada mereka yang merindukan suasana berbuka di kampung.

Pemilik Kampung Lah, Fairuz Idwan berkata pengunjung Kampung Lah tahun ini bakal merasai pengalaman berbeza seolah-olah berada di kampung dengan pelbagai aktiviti termasuk makan berhidang, alunan lagu-lagu Melayu Asli sekali gus mengimbau kenangan lama mengusik kalbu.

“Keistimewaan kita sudah pastilah masakan salai lemak cili api citarasa asli, resipi tradisi Negeri Sembilan. Istimewanya adalah kita salai sendiri menggunakan tempurung kelapa. Cara asli turun temurun.

“Kami bangga dengan masakan lemak kami selain hampir 100 juadah lain yang bakal memberi nuansa Melayu asli kepada pengunjung. Bayangkan duduk bersama keluarga dan sahabat handai, bergurau senda dan menikmati hidangan dahulu kala.

“Ada juga ulam-ulaman dan kuih-kuih tradisional yang dihidangkan untuk memastikan setiap pengunjung dapat merasai konsep Iftar Citarasa Kampung-Lah yang kami sajikan kepada semua,” katanya.

Cef Ibnu

Mendapat sentuhan cef popular dan juga pemilik bersama, Cef Ibnu yang terkenal dengan masakan kampung asli, Kampung Lah turut menyediakan hidangan kambing golek yang berbeza daripada destinasi berbuka lain.

“Di Kampung Lah, proses penyediaan kambing golek berbeza. Kami menggunakan teknik salai
sebelum menggoleknya untuk memberi aroma dan rasa berbeza dalam setiap suapan. Kami
menggunakan tempurung kelapa disamping perapan istimewa.

“Malah, kelainan yang kami tampilkan adalah kambing golek akan sentiasa bergolek di atas pemanggang sehingga tamat sesi iftar. Apabila kambing golek pertama habis, kami akan terus
menggolek yang baharu.

“Itu untuk memastikan setiap pengunjung dapat menikmati hidangan-hidangan istimewa kami tanpa henti. Kita mahu pengunjung dapat bergurau senda, menikmati juadah tanpa risau tentang jumlah hidangan yang disediakan,” katanya.

Untuk info, Iftar Citarasa Kampung-Lah akan membuka tirai hidangan pada 15 Mac depan sehingga 5 April 2024 dengan tawaran harga mampu milik iaitu RM109.

Pengunjung yang berminat boleh menghubungi talian +60127171723 untuk maklumat lanjut dan tempahan selain melayari laman sosial Kampung Lah. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 181

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 326

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 198

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.