Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sekilas Ahad : Lima Rangkuman Berita Menarik 21 April 2024
 Sekilas Ahad : Lima Rangkuman Berita Menarik 21 April 2024
Semasa

Sekilas Ahad : Lima Rangkuman Berita Menarik 21 April 2024

by VOKALIS 21/04/2024 206
  1. Syasya Sah Bergelar Isteri – Bekas Anggota Dolla Tamat Zaman Bujang

Bekas anggota kumpulan Dolla, Norsyasya Afiqah Shahrizal, 23, atau Syasya sah bergelar isteri dalam majlis tertutup semalam.

Berita gembira itu dikongsi syarikat rakaman, Universal Music Malaysia (UMM) dalam satu kenyataan media, hari ini.

Bagaimanapun, butiran terperinci majlis itu termasuk identiti jejaka yang mencuri hati Syasya, tidak didedahkan.

  1. Tak Pernah Idam Gelaran – Siti Nurhaliza Lakukan Kerana Minat Seni

Penyanyi wanita tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 45, tidak pernah memikirkan untuk dirinya mendapat gelaran Biduanita Negara kerana pembabitan utama dalam karier nyanyian adalah menghiburkan peminat.

Siti berkata, meskipun memiliki gelaran Biduanita Negara itu sebagai bonus, namun ia sama sekali tidak pernah menjadi matlamat ‘pertama’ dalam dirinya sepanjang menceburi industri hiburan selama ini.

“Sebenarnya berdirinya saya di sini sebagai penggiat seni lebih kepada menghiburkan, berjuang untuk minat yang saya ada. Saya tidak pun berdiri untuk segala ‘title’ (gelaran) sebab ia akan datang tepat pada waktunya.

  1. 15 Penjaja Haram Diusir – Perniagaan Warga Asing Disita

Tindakan 15 penjaja warga asing yang menjaja secara haram menerima padah apabila mereka akhirnya diusir dan dikenakan tindakan sita dalam operasi Tindakan Khas di beberapa premis di sekeliling kawasan berhampiran Pasar Borong Kuala Lumpur, dekat sini semalam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, operasi yang dijalankan Jabatan Penguatkuasaan itu dilaksanakan di sekitar Jalan 1/3a, Jalan 6/3a dan Jalan Batu Hampar, Pusat Bandar Utara Selayang di sini.

“Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan sekitar luar kompleks Pasar Borong Kuala Lumpur dilakukan membabitkan pemeriksaan terhadap premis perniagaan borong sayuran, buah-buahan, barangan am.

  1. Cikgu Tumbuk Cikgu – Guru Lelaki Dan Perempuan Bertengkar

Seorang guru wanita berusia 32 tahun sebuah sekolah rendah di daerah ini lebam mata kiri selepas dipercayai ditumbuk oleh seorang guru lelaki di kawasan kantin sekolah itu hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebelum kejadian, mangsa yang merupakan guru Bahasa Inggeris dan suspek berusia 49 tahun dipercayai bertengkar.

“Insiden dikatakan berlaku di kantin sekolah sebelum mangsa telah disepak dan ditumbuk suspek menyebabkan matanya lembam. Motif yang menyebabkan pertengkaran mereka masih dalam siasatan,” katanya.

  1. Sheriff Pintas Mat Kilau – Sudah Kutip 11.4 Juta

Filem Sheriff arahan Syafiq Yusof berada di landasan terbaik untuk memintas kutipan pecah panggung Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan abang kandungnya, Syamsul Yusof.

Selepas tiga hari ditayangkan, filem yang dibintangi pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan sudah berjaya meraih kutipan RM11.4 juta yang dianggap sebagai pencapaian luar biasa.

Paling menarik, Sheriff berjaya mengaut kutipan RM6.4 juta sekali gus mengatasi rekod filem Mat Kilau arahan Syamsul yang mencatat kutipan hanya RM1.8 juta pada hari kedua tayangannya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 351

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 487

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 359

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.