Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 20 April 2024
 Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 20 April 2024
Semasa

Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 20 April 2024

by VOKALIS 20/04/2024 193
  1. Sambut Raya Seperti Biasa – Bella Gembira Bersama Anak-Anak

Bella Astilah memberitahu dia dan anak-anak tetap menyambut Syawal dengan meriah meskipun tanpa kehadiran Aliff Aziz.

“Kami sambut Syawal seperti biasa dan bersama-sama dan anak-anak juga gembira.

“Saya memang tidak berhubung (Aliff),” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri CTDK Holdings dan Yayasan Nurjiwa.

  1. Kanak-Kanak Dua Tahun Lemas – Jatuh Dalam Tasik

Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam tasik berhampiran Masjid Universiti Teknologi Petronas (UTP), di sini, hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika keluarga mangsa menunggu untuk solat Zuhur.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada 1.19 tengah hari.

  1. Luqman Hakim Mengecewakan – Pamer Aksi Hambar

Prestasi penyerang sensasi muda negara, Luqman Hakim Shamsudin terus menjadi perhatian peminat tanah air apabila aksinya di Piala Asia bawah 23 (B-23) dianggap hambar dan mengecewakan.

Luqman, 22, yang hampir empat musim berkelana di Eropah bersama kelab Belgium dan Iceland sebelum menyertai Liga Jepun dilihat masih gagal menyerlahkan potensinya biarpun sudah lama ‘berguru’ di luar negara.

Dia yang diharapkan mampu menyumbang sesuatu ketika aksi pertama kempen Kumpulan D Piala Asia B-23 di Qatar ketika menentang Uzbekistan sebelum ini, langsung tidak menghadirkan rasa gerun buat pertahanan lawan.

  1. Jenazah Bekas KPN Selamat Dikebumi – Al Fatihah Tun Hanif Omar

Jenazah bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini kira-kira pukul 3.15 petang tadi.

Sebelum dibawa ke tanah perkuburan berkenaan, jenazah Allahyarham di bawa ke Masjid Negara untuk dimandi, dikafankan, disolat serta penghormatan terakhir.

Solat jenazah tersebut diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni.

  1. Kamal Uqasha Teruja – Bakal Timang Cahaya Mata

Empat tahun menunggu kehadiran cahaya mata, pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengumumkan bakal menimang anak perempuan tidak lama lagi.

Pendedahan eksklusif tersebut dibuat pasangan terbabit menerusi majlis ‘gender reveal’ yang disiarkan menerusi program Oh Baby Kamal & Uqasha, hari ini.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, mengakui sememangnya mengimpikan memiliki anak perempuan kerana mahu melihat kebolehan Kamal menguruskan cahaya mata mereka nanti. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 235

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 390

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 258

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.