Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 3 Februari 2024
 Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 3 Februari 2024
Semasa

Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 3 Februari 2024

by VOKALIS 03/02/2024 227
  1. Fenomena Dendeng Khairul Aming – Jualan RM1 Juta Dalam Masa Tiga Minit

Pempengaruh media sosial, Khairul Aming hari ini mencatatkan sejarah apabila berjaya mencatat angka jualan RM1 juta dalam tempoh 3 minit 39 saat.

Sempena kempen jualan 2.2 di TikTok Shop, Khairul memulakan sesi jualan produk Dendeng Nyet Berapi secara langsung pada 9 malam.

“Pasukan kami bekerja kuat untuk bangunkan produk ni, saya amat terharu dengan sokongan anda,” katanya dalam sesi penstriman langsung di TikTok Shop yang diadakan di kilangnya pada Jumaat sempena kempen jualan 2.2.

  1. Wanita Dikurung 12 Tahun

Seorang wanita di negeri Karnataka, selatan India mendakwa dia dikurung oleh suaminya di dalam rumah mereka selama 12 tahun, lapor laman berita Wion News semalam.

Setelah diselamatkan polis beberapa hari lepas, mangsa enggan memfailkan aduan dan memutuskan untuk tinggal di rumah ibu bapanya.

Wanita itu berusia dalam lingkungan 30-an dan berasal dari bandar Mysuru, negeri Karnataka. Dia berkahwin dengan suaminya sejak 12 tahun lalu.

  1. “Suka Gosip Tau!” – Siti Nurhaliza Minta Semua Bersangka Baik

Tiba-tiba meledak kononnya rumah tangga sedang bergolak, penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil ‘menyucikan’ segala prasangka netizen.

Dalam nada seperti berseloroh, Siti atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Tarudin, 45, meminta orang ramai agar bersangka baik dan tidak mudah membuat sebarang spekulasi semata-mata bersandarkan hantaran dalam media sosial.

“Suka gosip tau. Tak baik fikir bukan-bukan,” katanya ringkas menerusi laman Instagram miliknya berserta gambar bersama suami, Datuk Seri Khalid Jiwa dan dua anak mereka,” katanya.

  1. PATI Lari – 37 Sudah Ditahan

Sebanyak 37 pendatang asing tanpa izin yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor di sini pada Khamis lalu, berjaya ditahan setakat 6 petang ini.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata operasi petang ini berjaya menemukan 13 tahanan yang bersembunyi di sebuah ladang di penempatan Orang Asli Kampung Senta di sini.

Beliau berkata semua tahanan itu akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah.

  1. Rakan Baik – Rupa-Rupanya Adik Beradik

Warga emas Singapura ini sering bermain sejak kecil, namun tidak menyangka rupanya mereka saudara kandung.

Thangah Koh, 72, dan Fatimah Mohidin, 71, adalah anak kepada seorang mekanik dan isteri keduanya yang mempunyai lapan anak.

Dua daripada lima anaknya daripada perkahwinan pertama turut tinggal bersama menyebabkan sumber kewangan mereka agak terhad.

  • THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 280

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 427

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 289

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.