Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 30 Mac 2024
 Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 30 Mac 2024
Semasa

Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 30 Mac 2024

by VOKALIS 30/03/2024 213
  1. Dua Pelajar Malaysia Maut Di New Zealand – Kemalangan Di Lake Tekapo

Kementerian Luar Negeri (KLN) melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, New Zealand melaporkan dua daripada lima pelajar warganegara Malaysia yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lake Tekapo telah terkorban di tempat kejadian.

KLN (Wisma Putra) dalam satu kenyataan berkata, kejadian tersebut berlaku jam 1.45 petang waktu tempatan pada Sabtu.

Menurut kenyataan itu, tiga mangsa lagi telah diterbangkan ke Hospital Christchurch, South Islands, New Zealand untuk mendapatkan rawatan segera.

  1. Pengurus Bas Jadi Dalang – Rampasan Syabu RM10.3 Juta

Kegiatan penyeludupan dadah yang turut didalangi pengurus bas persiaran sejak Oktober lalu akhirnya tumpas dengan rampasan syabu bernilai RM10.3 juta, Rabu lalu.

Kejayaan itu hasil serbuan terhadap sebuah rumah teres sekitar daerah ini kira-kira pukul 7.30 malam disertai penahanan empat ahli sindiket terbabit yang berusia 23 hingga 40 tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin berkata, serbuan dilakukan susulan empat pemeriksaan di sekitar Kedah dan Terengganu, pada hari yang sama.

  1. Tulang Sah Milik Bella – Ditemui Di Berhampiran Lokasi Penemuan Mayat

Enam tulang ditemukan berhampiran rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah di Batu Pahat, dua bulan lalu, sah milik Bella.

Perkara itu disahkan kakak Bella, Norhisham Samsusah, 36, selepas keluarganya menerima laporan forensik daripada Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, malam tadi.

Tulang terbabit ditemukan oleh pemandu jengkaut berhampiran di lokasi penemuan rangka Bella yang mati dipercayai dibunuh teman lelakinya pada 11.30 pagi, 28 Februari lalu.

  1. Zul Ariffin Nikah Hujung Tahun – Tangguh Sejak PKP

Pelakon Zul Ariffin nekad untuk menamatkan zaman bujang akhir tahun ini selepas rancangan tersebut terbantut disebabkan fasa pandemik Covid-19.

Kata pemilik nama lengkap Zulkifli Ariffin itu, tiada sebab untuk menangguhkan perkara baik selepas masing-masing sudah bersedia menggalas tanggungjawab.

“Memang dari tahun lepas lagi ada perancangan itu. Rasanya saya pun lama berlakon dan sudah sampai waktu untuk jadi suami orang pula, insya-Allah.

  1. Lelaki Israel Dipercayai Perisik – Disifatkan Suspek Yang Tegar

Lelaki Israel dipercayai perisik yang ditangkap di Ampang Rabu lalu disifatkan ‘suspek yang tegar’.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata soal siasat masih diteruskan.

“Suspek ini ‘sangat tegar’,” katanya ringkas menurut laporan New Straits Times.

Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Razarudin Husain semalam berkata lelaki Israel berusia 36 tahun ditangkap di sebuah hotel di Jalan Ampang pada Rabu lalu. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 261

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 412

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 275

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.