THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sekilas Ahad : Lima Rangkuman Berita Menarik 31 Mac 2024
 Sekilas Ahad : Lima Rangkuman Berita Menarik 31 Mac 2024
Semasa

Sekilas Ahad : Lima Rangkuman Berita Menarik 31 Mac 2024

by VOKALIS 31/03/2024 175
  1. Shalom Avitan Identiti Lelaki Israel Yang Ditahan – Ada Kaitan Dengan Geng Jenayah Musli Brothers

Suspek lelaki Israel yang ditahan bersama beg berisi enam pucuk senjata dan 200 butir peluru pada Rabu lalu dikenal pasti sebagai Shalom Avitan, lapor akhbar Times of Israel.

Dia didakwa mempunyai kaitan dengan sebuah kumpulan penjenayah Israel yang dikenali sebagai Musli Brothers.

Laman berita Mako melaporkan, Avitan berada dalam misi untuk membunuh ketua sebuah kumpulan seteru, Eran Haya

  1. Lee Min-ki Tawan Gunung Kinabalu – Netizen Kagumi Bintang Korea

Pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Min-ki, 39, memilih negara ini sebagai destinasi percutiannya apabila berkongsi video dan foto mendaki sekali gus menawan puncak Gunung Kinabalu, beberapa hari lalu.

Sebelum memuat naik hantaran dirinya berada di Sabah, ada peminat Min-ki di sini yang membuat perkongsian di media sosial ketika bertemu secara bersemuka dengan aktor itu di sebuah restoran di ibu kota untuk bersarapan pagi.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen terutama warga maya di negara ini menzahirkan rasa kagum dengan sikap aktor tinggi lampai itu yang tidak perlu menguar-uarkan aktivitinya demi publisiti.

  1. 50 Jam – Bakar 1,000 Batang Lemang

Bakar 1,000 lemang selama 50 jam tanpa henti untuk diagihkan secara percuma kepada pengunjung dan peniaga Bazar Ramadan Bandar Baru Nilai, di sini.

Itu yang dilakukan anak muda daripada Pertubuhan Skuad Pantas Nilai (Pantas) sebagai salah usaha untuk berkongsi rezeki dan menyemarakkan lagi Ramadan serta ketibaan lebaran.

Timbalan Pengerusi Pantas, Muhammad Jailani Ahmad Zawawi, 35, berkata, kerja bergotong-royong bermula sejak malam Khamis lalu dengan membersihkan buluh dan mencari daun pisang.

  1. Bagasi RM500,000 – Pengarah Syarikat Dakwa Duit Pinjam Untuk Pelaburan

Tertinggal bagasi berisi duit RM500,000 ketika mengambil wang tersebut yang dipinjam dari rakan bagi tujuan pelaburan tahun lalu.

Kecuaian itu dimaklumkan seorang pengarah syarikat kayu balak ketika memberi keterangan selepas mendakwa dia merupakan pemilik bagasi berwarna merah jambu dan putih tersebut yang ditinggalkan di parkir sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 19 Mac lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki berkenaan tampil memberi keterangan pada pukul 5 petang semalam.

  1. Bumil Shila Amzah Tak Boleh Puasa – Bukan Suka-Suka

Gara-gara membuat pendedahan tidak berpuasa sepanjang Ramadan tahun ini, penyanyi Shila Amzah dikecam teruk netizen yang menyifatkannya tidak sensitif.

Enggan terus dihambur caci maki, Shila atau nama lengkapnya Norshahila Amir Amzah, 34, yang sedang sarat mengandung lapan bulan itu bertegas, mempunyai alasan tersendiri.

Dia tidak boleh berpuasa kerana menghidap masalah tekanan darah rendah dan pembawa thalasemia. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 167

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 310

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 184

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.