Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 6 Januari 2024
 Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 6 Januari 2024
Semasa

Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 6 Januari 2024

by VOKALIS 06/01/2024 264
  1. Arwah Fiza Selamat Dikebumikan – Suami, Anak-Anak Dan Mak Reda

Jenazah Allahyarham Fiza Kamarudin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves pada jam 12.50 tengah hari tadi.

Jenazah tiba dengan penerbangan terus dari London bersama suami dan dua anaknya sebelum dibawa ke Masjid Kampung Baru.

Lebih 200 orang terdiri daripada keluarga, saudara mara, sahabat industri dan kenalan mengiringi perjalanan terakhir arwah Fiza.

  1. “Ini adalah Kezaliman Pihak Tertentu.” – MB Kedah Ulas Pelbagai Isu Dakwa Ada Kaitan Politik

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan membongkar plot sebenar yang berlaku dalam pelbagai isu termasuk penahanan reman Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) membabitkan isu rasuah.

Menteri Besar Kedah itu mendakwa keadaan berlaku ketika ini adalah kezaliman pihak tertentu yang menggunakan agensi kerajaan untuk tujuan politik dan kepuasan peribadi.

Beliau yang juga Presiden KFA menegaskan, individu ditahan SPRM terbabit bukan ‘orang kaya’ sebaliknya hidup dalam kesempitan.

  1. Sultan Johor tidak terima permohonan mengadap sehingga 31 Januari – Melainkan Majlis Yang Telah Ditetapkan

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah baginda tidak akan menerima apa-apa permohonan mengadap bermula hari ini sehingga 31 Januari depan.

Titah baginda, pemakluman sedemikian melainkan majlis yang telah ditetapkan serta sesi mingguan bersama Menteri Besar Johor serta kepemimpinan kerajaan negeri.

“Bermula sekarang sehingga saya mengangkat sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong, saya tidak akan menerima apa-apa permohonan untuk mengadap,” titah Baginda.

  1. Pulang Ke Kota Singa – Ramli MS Diserang Vertigo

Datuk Ramli MS atau Tok Ram diserang vertigo ketika dalam perjalanan menziarahi ibunya di Singapura baru-baru ini.

Menurut isterinya yang juga penyanyi, Datin Alyah atau nama penuhnya Noor Hasliah Abu Hassan, 43, pada awalnya Tok Ram mengadu kepalanya mula berasa pening di perhentian bas Larkin, Johor Bahru, Johor.

“Setibanya di perhentian bas Larkin, Tok Ram diserang vertigo dan mengadu kepala sudah berpusing (pening),” katanya dalam Instagram hari ini.

  1. Mayat Wanita Tanpa Kepala, Tangan Dan Kaki – Polis Percaya Mangsa Bunuh

Mayat wanita ditemukan dalam keadaan menyayat hati, tanpa kepala dan kedua-dua belah tangan serta kaki di dalam tong sampah di longkang jalan besar Alor Gajah-Tampin, akhir bulan lalu.

Itu hasil siasatan awal penemuan mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dengan anggota badannya iaitu kepala, tangan dan kaki dipotong sebelum disumbat di dalam tong sampah dan dibuang ke longkang di tepi jalan berhampiran Kampung Rimau, Pulau Sebang, di sini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mayat tidak cukup anggota badan dan tanpa pakaian serta identiti itu ditemui pada 31 Disember lalu, kira-kira jam 2 petang. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 272

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 421

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 285

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.