THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sekilas Ahad: Ringkasan Berita Menarik Ahad 7 Januari 2024
 Sekilas Ahad: Ringkasan Berita Menarik Ahad 7 Januari 2024
Semasa

Sekilas Ahad: Ringkasan Berita Menarik Ahad 7 Januari 2024

by VOKALIS 07/01/2024 295
  1. KPDN Sudah Gempur – Kedai Makan Laut Mahal Pulau Pangkor

Kedai makanan hasil laut di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor, yang tular kerana didakwa mengenakan harga tidak masuk akal terhadap pelanggan digempur penguatkuasa Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup (KPDN), hari ini.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, tindakan itu dibuat dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) selepas pihaknya mengesan kiriman tular pengguna di aplikasi TikTok dan kandungan sama dikongsikan pengguna lain di Facebook, Jumaat lalu.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail

Hasil maklumat Ops Samar yang dijalankan mendapati premis yang diadu tidak meletakkan tanda harga ke atas makanan hasil laut yang belum dimasak serta didapati tidak menggunakan alat timbangan dalam urusan penjualan makanan hasil laut.

  1. Banjir Kembali Teruk – Lima Daerah Terjejas di Johor

Banjir di Johor kembali buruk dengan lima daerah terjejas apabila Kulai menjadi daerah terbaharu membuka pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir setakat jam 4 petang tadi.

Kredit: JBPM Johor

Segamat dan Johor Bahru kembali membuka PPS selepas ada mangsa perlu dipindahkan, manakala Kota Tinggi yang hampir pulih semalam, turut membuka semula sembilan PPS.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata jumlah mangsa banjir di Johor kini mencecah 851 mangsa daripada 241 keluarga yang ditempatkan di 26 PPS.

  1. Mark Adam Dan Isteri Sedih – Kenali Arwah Fiza Lebih Daripada Seorang Wartawan

Tatkala mendapat perkhabaran wartawan hiburan, Allahyarham Siti Nor Hafiza Kamarudin, 40, meninggal dunia di London, United Kingdom (UK), pada 26 Disember lalu, Mark Adam cukup sedih.

Kredit: Instagram Mark Adam

Bagi Mark, Allahyarham Siti Nor Hafiza atau lebih akrab disapa Fiza, bukan sahaja sahabat media buatnya, malah, sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri berikutan keperibadian dimiliki arwah.

“Arwah memang rapat dengan isteri saya. Sepanjang mengenalinya, arwah sangat baik dan sentiasa berfikiran positif, apabila kami dapat tahu Fiza meninggal dunia, kami amat sedih,’ katanya.

  1. Shuib Selamatkan Ajak di Pulau – Ajak Sayang Shuib

Pelawak, Shuib Sepahtu menyelamatkan sahabatnya yang juga pelawak, Ajak Shiro yang pernah terkandas di sebuah pulau menggunakan helikopter.

Kredit: Instagram Shuib Sepahtu

Kejadian itu dikongsikan Shuib menerusi Instagramnya dalam satu video memaparkan dirinya berada di dalam helikopter yang berlegar di atas pulau berbatu.

“Selamat hari lahir sahabat, Ajak Shiro. Yang baik-baik untuk kau dunia dan akhirat. Ingat, aku pernah selamatkan kau semasa kau terkandas di pulau. Terus sukses dunia akhirat,” tulisnya.

  1. Sanusi Dakwa SD Sudah Cukup – Tunggu Hari Saja

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa Perikatan Nasional (PN) sudah mempunyai jumlah akuan bersumpah (SD) yang mencukupi untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Menteri Besar Kedah yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu bagaimanapun tidak memaklumkan secara terperinci termasuk mengenai jumlah SD yang diperoleh.

Kredit: Facebook Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

“Cukup sudah (jumlah SD) semua, tunggu hari sahaja,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap di Dewan Tunku Putra. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 167

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 310

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 184

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.