Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 9 Mac 2024
 Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 9 Mac 2024
Semasa

Sekilas Sabtu : Lima Rangkuman Berita Menarik 9 Mac 2024

by VOKALIS 09/03/2024 199
  1. Aliff Aziz Dicekup Khalwat – Netizen Kaitkan Nama Ruhainies

Bukan kali pertama. Itu hakikat yang menjadi bualan ramai apabila pelakon Aliff Aziz sekali lagi mencipta kontroversi ditangkap khalwat awal pagi ini.

Lebih mengejutkan suami kepada Bella Astillah itu dicekup bersama seorang pelakon wanita yang juga bertubuh genit seperti isterinya.

Memetik laporan Harian Metro, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas Aliff dan pasangannya pelakon wanita enggan membuka pintu unit sebuah kondominium mewah, di ibu negara, awal pagi tadi.

  1. Cef Ammar Perkenal Menu Baharu – Nasi Ikan Dan Beef Ribs

Cef Ammar Ali yang mencipta fenomena menerusi menu nasi Arab ‘lamb shank’ ‘kayangan’ setiap kali Ramadan, bakal memperkenalkan dua menu baharu.

Dua menu yang menanti orang ramai untuk berbuka puasa ialah nasi ikan dan ‘beef ribs’ yang bakal dijual pada Ramadan kali ini.

“Kali ini saya akan buka di tiga bazar Ramadan iaitu di Shah Alam manakala dua lagi di Putrajaya termasuk di Percint 3.

  1. Lelaki Lumpuh Patah Hati – Ikut Serbu Isteri Berkhalwat

Suami mana yang sanggup melihat isteri sendiri duduk berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram di hotel pada waktu malam.

Berhadapan situasi sama, seorang lelaki bertindak membuat aduan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) selepas mengetahui lokasi isterinya bersama kekasih.

Susulan daripada itu, serbuan dilakukan di sebuah hotel di Tanjung Tokong pada pukul 1.30 pagi, Sabtu.

  1. Remaja 14 Tahun Antara Ditahan – Kes Curi Motosikal

Seorang remaja berusia 14 tahun antara tiga lelaki ditahan polis dipercayai terlibat kes kecurian motosikal di Pandan Jaya, Selangor pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Nazruel Ekram Abu Saare berkata, kesemua suspek ditahan selepas seorang lelaki tempatan membuat laporan kehilangan motosikal jenis Yamaha 135LC selepas meletakkannya di kaki lima kawasan tersebut.

“Susulan laporan dibuat, kita berjaya menahan tiga lelaki tempatan berusia 14 hingga 59 tahun di Jalan Pandan 3/7, Pandan Jaya, kelmarin (Khamis).

  1. Anak Ketagih Dadah – Bapa Tembak Mati

Akibat ketagihan dadah, seorang lelaki berusia 30 tahun ditembak mati oleh ayahnya sendiri.

Kejadian tersebut berlaku di ladang getah di daerah Ron Phibun, Thailand.

Pegawai polis Sanya Klomsuk berkata, pihaknya dan anggota penyelamat bergegas ke ladang getah berkenaan selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pagi Sabtu.

– THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 235

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 391

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 258

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.