Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Selamat Tinggal JDT – Forestieri Pergi Juga
 Selamat Tinggal JDT – Forestieri Pergi Juga
Semasa Stadium

Selamat Tinggal JDT – Forestieri Pergi Juga

by VOKALIS 08/01/2024 602

Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) dari Argentina, Fernando Forestieri pergi juga selepas 69 penampilan dengan pasukan itu sejak 2022.

Pemergian penyerang itu diumumkan JDT di laman Facebook Johor Southern Tigers (JST), semalam.

“JDT ingin mengucapkan terima kasih kepada Fernando Forestieri atas sumbangannya kepada Harimau Selatan sejak menyertai kelab pada permulaan musim 2022.

“Penyerang ini adalah sebahagian daripada skuad Harimau Selatan yang mencipta sejarah memenangi ‘double quadruple’ pada 2022 dan 2023.

“Forestieri telah menjaringkan 47 gol dan 21 bantuan jaringan menerusi 69 penampilan dengan JDT. Selamat maju jaya, Forestieri!,” kata kenyataan kelab itu.

Sebelum ini, JDT mengumumkan penjimatan dengan mengugurkan sebahagian besar pemain antaranya Aidil Zafuan Abd Radzak, S Kunanlan, Ahmad Hazwan Bakri, Adam Nor Azlin, Leandro Velazquez dan Diogo Luis Santo.

Malah beberapa pemain turut dipinjam keluar seperti Oscar Arribas, Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Haziq Nadzli. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Hafiz Suip Tamatkan Zaman Duda, Kini Sah

by thevokal 13/02/2026 35

Penyanyi Hafiz Suip kini kembali bergelar suami apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Fiona.

Santai Selebriti

Koleksi Raya 2026 Rizman Ruzaini Menyulam Warisan

by thevokal 09/02/2026 43

Sempena meraikan dua dekad perjalanan kreatifnya, Rizman Ruzaini memilih pendekatan yang lebih mendalam dan

Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 55

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.