Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Sedunia
  3. Sentiasa Dilihat Luang Masa Bersama, Ahn Bo-hyun Dan Jisoo Blackpink Sah Jalin Hubungan Cinta
 Sentiasa Dilihat Luang Masa Bersama, Ahn Bo-hyun Dan Jisoo Blackpink Sah Jalin Hubungan Cinta
Sedunia

Sentiasa Dilihat Luang Masa Bersama, Ahn Bo-hyun Dan Jisoo Blackpink Sah Jalin Hubungan Cinta

by VOKALIS 03/08/2023 230

KUALA LUMPUR – Dua bintang Korea Selatan Jisoo Blackpink dan pelakon Ahn Bo Hyun sedang menjalinkan hubungan cinta.

Perkara itu disahkan agensi syarikat pengurusan masing-masing iaitu YG Entertainment dan FN Entertainment.

Dalam laporan Allkpop, wakil YG Entertainment memberitahu media pada Khamis bahawa pasangan itu sedang mula mengenali hati antara satu sama lain.

“Jisoo dan Ahn Bo Hyun kini sedang mengenali hati masing-masing, kami sangat menghargai sekiranya anda dapat menyokong mereka berdua dengan baik,” katanya.

Bo Hyun dan Jisoo dilihat sering meluangkan masa bersama di rumah.

Bibit-bibit hubungan cinta mereka dapat dihidu oleh Dispatch apabila secara eksklusif melaporkan Bo Hyun kerap menghabiskan masa di rumah penyanyi lagu Flower itu di Yongsan, Korea Selatan.

Untuk info, Bo Hyun berusia 35 tahun dan Jisoo berusia tujuh tahun lebih muda.

Kedua-dua bintang itu memulakan kerjaya pada 2016 iaitu Bo Hyun menerusi filem Hiya dan Jisoo memulakan kerjaya nyanyiannya bersama Blackpink.

Sebelum ini, Jisoo pernah digosipkan bercinta dengan pemain bola sepak Tottenham Hotspur iaitu Son Heung Min. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.