THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Tidak Sampai Seminit Muat Naik Gambar Bersama Syamsul Yusof, Ira Kazar Terus Padam Hantaran
 Tidak Sampai Seminit Muat Naik Gambar Bersama Syamsul Yusof, Ira Kazar Terus Padam Hantaran
Selebriti Semasa

Tidak Sampai Seminit Muat Naik Gambar Bersama Syamsul Yusof, Ira Kazar Terus Padam Hantaran

by VOKALIS 03/08/2023 317

KUALA LUMPUR – Tidak dinafikan ramai netizen ternanti-nantikan untuk melihat foto Ira Kazar bersama suaminya, Syamsul Yusof di media sosial.

Menurut sumber, antara sebab tiada gambar Syamsul dan Ira kerana mereka yakin akan diserang oleh netizen.

Sumber juga memberitahu, Ira ada memuat naik gambar bersama Syamsul selepas berita Puteri Sarah menarik balik saman namun perkongsian itu dipadam tidak sampai seminit ia dikongsikan.

“Selepas berita Puteri Sarah tarik saman terhadap Ira dan keluarganya disiarkan, keesokannya dia ada muat naik gambar bersama Syamsul. Tapi, dalam seminit saja, selepas tu dipadam.

“Dengar kata hantaran tu mendapat kecaman netizen. Itu sebab dia padam. Tapi, ada peminat sempat buat tangkap layar,” katanya.

Sehingga kini, Instagram Syamsul juga tiada gambar pengarah tersebut bersama isterinya itu.

Terdahulu, Syamsul mengumumkan sudah pun berkahwin dengan Ira pada 6 Januari lalu di Selatan Thailand dengan berwalikan bapa Ira iaitu Kazar Saisi. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Syamsul, Ira Sah Cerai – Syukur Semua

by VOKALIS 05/09/2024 143

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, di sini, hari ini mengesahkan lafaz cerai taklik pengarah

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.