Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Serangan Histeria Sejak Sabtu – 165 Murid Dicutikan
 Serangan Histeria Sejak Sabtu – 165 Murid Dicutikan
Semasa

Serangan Histeria Sejak Sabtu – 165 Murid Dicutikan

by VOKALIS 22/04/2024 583

Ekoran kejadian histeria yang berlaku di sebuah sekolah di Jempol, Negeri Sembilan membuatkan pihak sekolah mengarahkan 165 murid pulang ke rumah masing-masing untuk tempoh bertenang dan dipercayai bagi tujuan pemulihan.

Kesemua murid terbabit tinggal di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kikir (Model Khas), diserang histeria dan video serrta rakaman suara kejadian histeria itu tular di media sosia sejak tengah malam tadi.

Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli berkata, seramai 165 pelajar tinggal di asrama dan setakat malam tadi, 50 murid membabitkan 19 lelaki dan 31 perempuan berusia antara 13 hingga 17 tahun mengalami histeria.

“Justeru kesemua pelajar berkenaan dibenarkan pulang dan diberi cuti sehingga dimaklumkan untuk kembali ke asrama,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, asrama itu perlu dikosongkan bagi bagi menjalani rawatan pemulihan dan menambah kejadian histeria seperti ini pernah berlaku pada 2019.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Dr Roslan Hussin mengesahkan seramai 165 pelajar asrama sekolah berkenaan dibenarkan pulang selepas kejadian berlaku bermula Sabtu lalu.

Bagaimanapun katanya seramai 20 pelajar tingkatan enam masih berada di asrama sekolah berikutan terbabit dengan peperiksaan.

“Sekolah tidak ditutup dan pembelajaran adalah seperti biasa, hanya pelajar asrama kita benarkan ibu bapa dan penjaga membawa anak mereka pulang untuk sementara waktu sehingga keadaan kembali reda.

“Berdasarkan maklumat, seramai 50 pelajar mengalami histeria dan kita masih memantau perkara ini. Keadaan ketika ini adalah stabil dan usaha pemulihan sedang dilakukan,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah

by thevokal 22/03/2026 22

Penyanyi popular Datin Alyah meluahkan rasa sedih apabila tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama arwah

Selebriti

Zoey Rahman, Elliza Razak Pertaruh Lagu Raya

by thevokal 15/03/2026 41

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Zoey Rahman tidak pernah menyangka dirinya mampu menulis lirik

Selebriti

Perang Festival Raya: Orang Dijangka Serbu, Beli-Belah

by thevokal 14/03/2026 66

Lebih kurang seminggu lagi menyambut Aidilfitri, suasana dijangka meriah apabila orang ramai mengambil kesempatan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.