Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Suami Isteri Ditahan – Sorok Pil Kuda Dalam Bra
 Suami Isteri Ditahan – Sorok Pil Kuda Dalam Bra
Semasa

Suami Isteri Ditahan – Sorok Pil Kuda Dalam Bra

by VOKALIS 30/01/2024 563

Bukan saja bergelar suami isteri, malah mereka turut berpakat sebagai rakan kongsi menjual barangan terlarang.

Natijahnya, mereka ditahan selepas disyaki memiliki 2,280 pil kuda dan ganja seberat 3.9 gram dengan nilai keseluruhan RM25,110 di Kampung Bunut Susu, Kelantan, Khamis lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhammad Zaki Harun berkata, suspek berusia 27 dan 26 tahun itu ditahan pada 6.30 petang selepas pemeriksaan menemui 2,000 pil kuda dalam bungkusan plastik hijau.

“Malah, polis turut menemui baki pil kuda berkenaan di dalam bra (baju dalam) suspek wanita ketika pemeriksaan ke atas tubuh badannya.

“Pemeriksaan terhadap suspek lelaki pula menemui ganja di dalam poket seluar miliknya dan ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Pasangan berkenaan ditahan reman selama tujuh hari bermula 26 Januari sehingga 1 Februari untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 104

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 121

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 121

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.