Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sultan Selangor Perkenan – Nyawa Keselamatan Faktor Utama
 Sultan Selangor Perkenan – Nyawa Keselamatan Faktor Utama
Semasa Stadium

Sultan Selangor Perkenan – Nyawa Keselamatan Faktor Utama

by VOKALIS 09/05/2024 547

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang dijadual berlangsung esok menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

Menerusi kenyataan Selangor Royal Office, baginda selaku Penaung Selangor FC, berpandangan, susulan berlakunya beberapa insiden mengancam nyawa membabitkan pemain dan pegawai baru-baru ini, adalah bertepatan untuk pasukan Selangor FC tidak menyertai perlawanan berkenaan yang juga aksi pertama Liga Super edisi 2024.

“Baginda bertitah, keutamaan ketika ini adalah nyawa serta keselamatan pemain, dan bukannya untuk memenangi piala berkenaan.

“Titah baginda lagi, bukan sahaja isu keselamatan, keadaan moral pasukan yang masih terganggu dan terkesan dengan insiden simbah asid membabitkan pemain sayap, Faisal Halim, juga harus diambil kira,” menurut kenyataan itu hari ini.

Dalam kenyataan itu baginda turut menzahirkan kekecewaan kerana Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kerana menolak permohonan Selangor FC supaya menangguhkan perlawanan berkenaan.

“Baginda juga mahu semua pihak memahami bahawa tahap keseriusan insiden yang membabitkan nyawa pemain sebegini adalah tidak sama dengan kes-kes sebelum ini, apatah lagi ia berlaku sangat hampir dengan tarikh perlawanan.

“Baginda turut menegaskan bahawa Selangor FC sedia berdepan dengan apa jua tindakan, susulan daripada keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan ini,” demikian kenyataan itu. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Hafiz Suip Tamatkan Zaman Duda, Kini Sah

by thevokal 13/02/2026 35

Penyanyi Hafiz Suip kini kembali bergelar suami apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Fiona.

Santai Selebriti

Koleksi Raya 2026 Rizman Ruzaini Menyulam Warisan

by thevokal 09/02/2026 43

Sempena meraikan dua dekad perjalanan kreatifnya, Rizman Ruzaini memilih pendekatan yang lebih mendalam dan

Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 55

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.