Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Suria FM Terus Diiktiraf – Tersenarai Dalam Kedudukan Global
 Suria FM Terus Diiktiraf – Tersenarai Dalam Kedudukan Global
Selebriti Semasa

Suria FM Terus Diiktiraf – Tersenarai Dalam Kedudukan Global

by VOKALIS 09/02/2024 257

Buat julung kalinya, Suria FM menduduki ranking ke-30 dalam senarai “Penarafan Bulanan Metrik Penstriman Digital Triton Secara Global” oleh Triton Digital, baru-baru ini.

Suria FM berjaya catat sebanyak 10,771 ribu AAS (average active sessions), 2.6 juta SS (session starts), dan 1.18 ATSL (average time spent listening) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 6.00 pagi sehingga 8.00 malam.

Manakala setiap Isnin hingga Ahad dari jam 6.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam pula, berjaya meraih sebanyak 7,963 AAS (average active sessions), 4,4 juta SS (session starts), and 1.01 ATSL (average time spent listening).

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), meluahkan rasa syukur diatas pengiktirafan dan kejayaan Suria dalam menduduki kedudukan ke-30 teratas bagi keputusan Penstriman Digital Triton Global yang dikeluarkan.

“Kedudukan di ranking ini bukan hanya satu pengiktirafan, tetapi juga satu pencapaian yang memotivasikan kami untuk terus berkembang dan terus menyampaikan kandungan berkualiti kepada pendengar setia Suria FM khususnya buat mereka yang mendengarkan siaran Suria FM di suria.my, juga di platform digital yang lain, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Roslinda Abdul Majid (DJ Lin)

Penarafan ini membuktikan keberadaan Suria FM dalam kalangan kedudukan penerbit audio terbaik dunia sebaris dengan beberapa penerbit audio dunia lain yang tersenarai seperti iHeartRadio, PrisaRadio, Grupo Bandeirantes, dan banyak lagi. Ia juga sekaligus meletakkan Suria FM sebagai salah satu saluran digital kreatif pilihan ramai. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 235

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 389

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 258

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.