Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sekilas Sabtu: Rangkuman Lima Berita Menarik 10 Februari 2024
 Sekilas Sabtu: Rangkuman Lima Berita Menarik 10 Februari 2024
Semasa

Sekilas Sabtu: Rangkuman Lima Berita Menarik 10 Februari 2024

by VOKALIS 10/02/2024 241
  1. Bukan Imamkan, Tapi Pimpin – Nik Elin Perjelas Isu Solat Dengan Suami

Peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid menjelaskan, dakwaan dia ‘mengimamkan’ suaminya ketika solat telah dimanipulasi, sebaliknya wanita itu hanya memimpin dan mengajar cara mengerjakan ibadah tersebut.

Menurutnya, suaminya merupakan seorang mualaf sekali gus wanita berusia 62 tahun itu berasa bertanggungjawab memberikan panduan dalam melaksanakan rukun Islam kedua itu.

“Bila kahwin dengan mualaf dan kita ‘travel’ (mengembara) banyak negara (misalnya) China, Itali. Tak ada masjidlah dia nak sembahyang. Dia sendiri yang nak sembahyang dengan Kak Lin,” katanya.

  1. Bom Mortar Belakang Rumah – Tukang Kebun Terkejut

Sebutir bom mortar berkarat berukuran 60 milimeter ditemukan di belakang sebuah rumah di Kampung Tersusun dekat Serkam Darat, Jasin hari ini.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata bahan letupan jenis Unexploded Ordnance (UXO) itu ditemukan seorang tukang kebun kira-kira 9 pagi tadi.

“UXO berkenaan ditemukan tukang kebun itu ketika mengemas rumah seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jasin. Selepas dimaklumkan isterinya, anggota APM itu yang sedang bertugas balik ke rumah untuk membuat pengesahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

  1. Pak Belang Kena Tangkap – Harimau Serang Haiwan Di Chemor

Harimau belang jantan yang dilapor berkeliaran dan menyerang haiwan ternakan di Kampung Ulu Kuang, Chemor, di sini berjaya ditangkap, hari ini.

Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Nor Hani Abdul Samat berkata, haiwan liar itu memasuki perangkap yang dipasang pihaknya pada 11 pagi tadi.

Menurutnya, harimau itu dianggar berusia enam tahun dengan berat 156 kilogram.

  1. Muhyiddin Sebar Berita Palsu – Fahmi Fadzil Selar Dakwaan Bekas PM

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah tidak benar.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada dakwaan Muhyiddin bahawa susulan keputusan itu, beberapa perbuatan yang bertentangan dengan hukum Islam tidak lagi menjadi kesalahan di Kelantan.

“Muhyiddin sebar berita palsu,” kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu menerusi laman X hari ini.

  1. Neelofa Isteri Hebat – PU Riz Hargai Pengorbanan Isteri

Menyifatkan Neelofa sebagai isteri hebat, pendakwah bebas, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz menzahirkan apresiasi atas segala pengorbanan suri hatinya itu sepanjang empat tahun mereka mendirikan rumah tangga.

Ujar Haris atau nama lengkapnya Muhammad Haris Mohd. Ismail, 29, nama Neelofa sentiasa terpahat istimewa dalam hati sekali gus lebih daripada bersyukur dapat berkongsi hidup dengan wanita istimewa itu.

“Daripada tanggungjawab sebagai seorang isteri sehinggalah dalam perihal menjaga anak-anak, awaklah (Neelofa) antara yang terhebat terpahat di hati saya,” katanya.

  • THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 318

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 454

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 323

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.