Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Suspek Kes Tembak Ditahan – Polis Sahkan Di Tahan Di Kelantan
 Suspek Kes Tembak Ditahan – Polis Sahkan Di Tahan Di Kelantan
Semasa

Suspek Kes Tembak Ditahan – Polis Sahkan Di Tahan Di Kelantan

by The Vokal 15/04/2024 469

Polis mengesahkan suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Hafizul Hawari, 38, sudah ditahan di Kota Bharu, Kelantan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika mengesahkan perkara itu, berkata suspek ditahan di sebuah lokasi di Kota Bharu, kira-kira jam 3 petang tadi.

“Ya, saya sahkan (tangkapan). Suspek baru ditahan pada jam 3 petang tadi di Kota Bharu.

“Satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman atau Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat,” katanya dalam laporan Berita Harian.

Terdahulu, ibu dan bapa Hafizul, Hayati Bakri dan bapanya, Hawari Mohd Sihat, serta lima adik-beradiknya merayu Hafizul menyerah diri kepada polis.

Adiknya, Hanif berkata, Hafizul perlu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya dan bersedia menghadapi kesan perbuatan itu dan hukuman bakal dikenakan terhadapnya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

The Vokal (Website)

administrator

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

‘Ayam goreng Amir Raja Lawak setaraf jenama

by thevokal 18/10/2025 27

AHLI perniagaan popular di Kelantan Dr Afif Mohd Ridzwan memuji kesedapan ayam goreng Amir

Selebriti

Nubhan ceraikan isteri, hadir mahkamah syariah esok

by thevokal 15/10/2025 46

SELEPAS sedekad mendirikan rumah tangga, penyanyi dan bekas bintang Akademi Fantasia Musim Keenam (AF6),

Selebriti

Faktor kesihatan, penat bukan punca Amad rebah…

by Deel Anjer 13/10/2025 59

“KONDISI Amad dalam keadaan baik, sihat dan fit untuk persembahan namun takdir berkata lain

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.