Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Sembur
  3. Tak Payah Poyo Sangatlah! – Awie Yang Legend Pun Sempoi
 Tak Payah Poyo Sangatlah! – Awie Yang Legend Pun Sempoi
Sembur Sensasi

Tak Payah Poyo Sangatlah! – Awie Yang Legend Pun Sempoi

by VOKALIS 20/04/2024 857

Masing-masing sibuk nak jadi nombor satu. Konon paling layak. Semua macam dah cukup haul dalam industri seni hiburan, hakikatnya attitude hancur.

Cik Vee bukan apa, meluat tengok perangai artis generasi baru ni yang poyo dan perasan bagus berlebih-lebih, sedangkan kentut pun masih bau susu.

Baru-baru ini jadi depan mata Cik Vee sendiri bukan orang sampaikan atau cerita, perihal perangai sorang pelakon ni.

Ingat lagi masa mula-mula masuk industri, siapa pun tak pandang, kita jemput ajak buat fotografi, alahai baik budi bahasa.

Nah kau, sekarang jumpa pandang pun tidak, mungkin hilang ingatan sebab urat otak longgar dek jangkitan Covid-19 mungkinlah.

Tak kisahlah kelaku tak kenal itu, ini sepanjang majlis muka masam mencuka, sepanjang sesi sidang media pun sama.

Diajak temubual pun acuh tak acuh, lagak dia macam level lakonan Sidi Oraza atau Faizal Hussein. Sedangkan dua figura hero hebat tu pun sentiasa membumi.

Itulah masalah selebriti generasi baharu ini. Larut sangat dalam populariti. Konon tak heran, aku popular aku boleh buat ikut kepala aku. Eloklah, amalkan selalu!

Cuba ambil contoh yang terang-terangan depan mata iaitu Datuk Awie, tahukan betapa hebat dan tinggi reputasi beliau.

Awie tak pernah nak tarik muka, walau apapun isu elok jawab dan sentiasa ada ukiran senyuman.

Macam itu jugalah situasi Datuk Seri Siti Nurhaliza, kenapa beliau nombor satu? Sebab sentiasa merendah diri dan membumi.

Sebenarnya Cik Vee malas nak ulas isu ini, tapi makin menjadi-jadi pula perangai artis set-set berangan bagus ini.

Teruskan dengan poyo tu, kau ukirlah batu nisan sendiri untuk kerjaya seni kau. Sekian. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 29

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 31

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 39

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.