Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. TDM Tubuh Lembaga Siasatan Dalaman – Tiga Anggota Terbunuh Kemalangan
 TDM Tubuh Lembaga Siasatan Dalaman – Tiga Anggota Terbunuh Kemalangan
Semasa

TDM Tubuh Lembaga Siasatan Dalaman – Tiga Anggota Terbunuh Kemalangan

by VOKALIS 02/02/2024 641

Ekoran kemalangan maut membabitkan tiga anggotanya dalam kemalangan jalan raya di Gurun, Kedah pagi tadi, Tentera Darat Malaysia (TDM) akan menubuhkan Lembaga Siasatan Dalaman.

TDM dalam satu kenyataan di sini hari ini turut meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi berhubung kejadian selain tidak menyiarkan gambar mangsa kemalangan bagi menghormati mangsa dan pihak keluarga.

“Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan seluruh Warga TDM menzahirkan rasa dukacita serta mengucapkan takziah buat waris dan keluarga anggota berkenaan atas kehilangan mengejut ini.

“Sesungguhnya ini merupakan satu kehilangan yang besar buat TDM serta berdoa agar waris dan keluarga anggota dikurniakan kesabaran dan ketabahan untuk menerima ketentuan Allah SWT,” katanya.

Kenyataan tersebut turut mengesahkan tiga anggota yang terbunuh itu ialah Sarjan Rozali Abdul Rani, Koperal Mohd Asri Idris dan Lans Koperal Mohd Hafiz Haris.

Terdahulu media melaporkan tiga anggota tentera terbunuh dalam kemalangan membabitkan tiga trak pasukan keselamatan itu dengan sebuah lori di Kilometer 77.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, dekat Gurun hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Sementara pemandu lori jenis Isuzu berusia 31 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan patah kaki kiri dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk rawatan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Malaysia-Perancis buka lembaran baharu, hubungan dinaik taraf

by VOKALIS 17/11/2026 13

MALAYSIA dan Republik Perancis melakar satu lagi perkembangan penting dalam hubungan diplomatik apabila kedua-dua

Semasa

Lokasi panas banjir kilat di KL turun

by VOKALIS 17/11/2026 16

USAHA mitigasi banjir kilat di ibu negara menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah lokasi panas

Semasa

Dr Sam hargai komitmen PEJUANG demi masa

by VOKALIS 17/11/2026 15

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merakamkan penghargaan kepada Presiden

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.