Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Tiga Perompak Kedai Emas – Rompakan Nekad Jam 8.15 Malam
 Tiga Perompak Kedai Emas – Rompakan Nekad Jam 8.15 Malam
Semasa

Tiga Perompak Kedai Emas – Rompakan Nekad Jam 8.15 Malam

by VOKALIS 07/02/2024 526

Tiga individu melakukan rompakan nekad kedai emas dalam sebuah pusat membeli belah di Kota Warisan, Sepang ketika pelanggan berada di beberapa premis berhampiran.

Tiga penjenayah bertopi keledar itu juga berjaya melarikan sejumlah barang kemas.

Kesemua didakwa memasuki premis dengan memakai topi keledar dan jaket lengan panjang sebelum mengambil masa beberapa minit sebelum melarikan diri.

Kejadian itu bagaimanapun tular di media sosial apabila orang ramai sempat merakam video kejadian itu.

Video berkenaan juga jelas memaparkan tiga perompak berkenaan berteriak sebelum melarikan diri.

Rakaman berkenaan dipercayai dilakukan oleh orang awan yang kebetulan berada di premis berhampiran malah turut kedengaran suara wanita sedang membuat panggilan kepada polis.

Rompakan berkenaan membabitkan premis yang terletak di bahagian aras bawah pasar raya berkenaan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof yang dihubungi mengesahkan kejadian berlaku pada jam 8.15 malam.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi kelak. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

‘Pengorbanan Hamada luar biasa, semangat arwah Aifat

by thevokal 01/01/2026 14

Kisah tular pengorbanan suami arwah Siti Nuraifat Bueraheng atau Aifat, iaitu Ahmad Hamada Ayueman,

Selebriti

Saat orang lain berhibur, ribuan pengunjung bermuhasabah

by thevokal 01/01/2026 16

DI saat kebanyakan sambutan ambang tahun baharu lazimnya dipenuhi hiburan dengan sorakan tanpa henti,

Selebriti

Ezaidi Aziz, wartawan mStar ‘tapau’ gelanggang, juara

by thevokal 31/12/2025 15

Pelakon Ezaidi Aziz bersama wartawan mStar, Nazrin Zulkafli, dinobatkan sebagai juara edisi sulung acara

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.