Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Sedunia
  3. FamilyMart Tolak Israel – Tamat MoU
 FamilyMart Tolak Israel – Tamat MoU
Sedunia Semasa

FamilyMart Tolak Israel – Tamat MoU

by VOKALIS 06/02/2024 760

Pemegang saham terbesar FamilyMart Co. Ltd, Itochu Corporation akan menamatkan memorandum persefahaman (MoU) dengan Elbit Systems, sebuah syarikat pertahanan Israel.

Ia susulkan gesaan boikot terhadap rangkaian kedai serbaneka berikutan anak syarikatnya Itochu Aviation telah menandatangani MoU dengan salah satu syarikat daripada Israel.

Pada Mac 2023, Itochu Aviation (anak syarikat kepada Itochu Corporation) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Nippon Aircraft Supply dan Elbit Systems untuk mengimport teknologi pertahanan ke Jepun bagi tujuan keselamatan negara Jepun.

FamilyMart dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai seruan di media sosial untuk memboikot FamilyMart di Malaysia.

“Kami dimaklumkan pada 5 Februari oleh FamilyMart Co. Ltd, Jepun bahawa Itochu Aviation akan menamatkan MoU tersebut seperti yang dilaporkan dalam berita di Jepun.

“Keputusan ini dibuat bagi menyokong sokongan kerajaan Jepun terhadap perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice) baru-baru ini yang termasuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza,” menurut kenyataan berkenaan.

Tambahnya, FamilyMart Malaysia ingin mengulangi pendirian bahawa pihaknya tidak menyokong keganasan atau pembunuhan.

“FamilyMart Malaysia tidak menyumbang atau menderma atau berurusan dengan Israel,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 156

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 173

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 166

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.