THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Sohor
  3. [V] Berang Disuruh Diam Dalam Panggung Wayang, Wanita Lempar Tin Arak Ke Arah Penonton
 [V] Berang Disuruh Diam Dalam Panggung Wayang, Wanita Lempar Tin Arak Ke Arah Penonton
Sohor

[V] Berang Disuruh Diam Dalam Panggung Wayang, Wanita Lempar Tin Arak Ke Arah Penonton

by VOKALIS 27/07/2023 295

SUBANG – Seorang wanita bertindak luar kawalan apabila didakwa melemparkan minuman beralkohol kepada seorang penonton lain setelah diminta senyap di dalam panggung wayang.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok, difahamkan kejadian berlaku di sebuah panggung wayang terletak di sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya.

Ujarnya, pasangan tersebut berbual sepanjang tayangan filem Barbie sambil didakwa minum minuman beralkohol.

“Bukan sahaja mereka kurang ajar, wanita itu memutuskan untuk membuang minumannya ke arah penonton lain yang memintanya diam,” tulisnya dalam kapsyen.

Lebih memburukkan keadaan apabila wanita itu turut menyebut dan menunjukkan isyarat lucah kepada penonton di dalam panggung terbabit sebelum bergerak keluar.

Difahamkan juga, penonton wanita yang dilemparkan minuman beralkohol telah membuat laporan kepada pihak pengurusan panggung, namun sehingga kini tiada sebarang perkembangan terkini.

“Saya adalah wanita yang dia lemparkan minuman beralkoholnya.

“Laporan kepada pihak pengurusan telah dibuat serta-merta, tetapi mereka hanya memberikan jawapan mengecewakan.

“Televisyen litar tertutup di dalam panggung itu sepatutnya menjadi bukti. Terima kasih sebab dedahkan perkara ini. Harap mereka ambil tindakan secepat mungkin,” komen Tammy.

Sehingga kini, video tersebut mendapat 3.2 juta tontonan, 100,800 tanda suka dan 6,483 perkongsian. – THE VOKAL

Sumber: KOSMO!

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.