Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. [V] Meski Berstatus Anak Bekas Perdana Menteri, NJWA Tak Pernah Terfikir Untuk Menjadi Ahli Politik
 [V] Meski Berstatus Anak Bekas Perdana Menteri, NJWA Tak Pernah Terfikir Untuk Menjadi Ahli Politik
Selebriti Semasa

[V] Meski Berstatus Anak Bekas Perdana Menteri, NJWA Tak Pernah Terfikir Untuk Menjadi Ahli Politik

by VOKALIS 12/08/2023 315

KUALA LUMPUR – Sekalipun lahir dalam keluarga politik, penyanyi NJWA, 37, tidak pernah berminat untuk menceburi bidang politik sebagaimana beberapa artis lain yang berbuat demikian.

NJWA atau nama sebenarnya Najwa Mahiaddin, 37, juga bersyukur tidak mendapat tekanan daripada keluarganya untuk berjinak dengan dunia politik kerana tahu jiwanya memang ke arah seni muzik.

Selepas dua tahun berehat, NJWA tampil dengan lagu Alunan Lara yang menjadi runut bunyi filem Rahsia.

“Saya tak retilah nak berpolitik. Memang jiwa saya adalah seni. Itu (kecenderungan) peribadi sayalah.

“Keluarga saya memang memahami yang saya tak berminat. Memang mereka sokong muzik saya dari awal saya meminati seni. Jadi, bila saya masuk universiti pun, saya belajar muzik.

“Saya tak pernah dapat tekanan sebegitu dan mereka pun tak adalah nak kata (pasal politik) kerana tahu memang minat saya kepada seni,” katanya ditemui pada majlis pratonton filem Rahsia, di sini, semalam.

View this post on Instagram

A post shared by THE VOKAL (@the.vokal)

Penyanyi Alunan Lara juga runut bunyi Rahsia itu juga memaklumkan dia kini kembali aktif dalam kerjaya muziknya selepas beberapa tahun fokuskan kepada kehidupan peribadi.

“Saya sebenarnya sibuk menjadi ibu. Saya melahirkan anak dua tahun lalu dan sepanjang tempoh itu memang fokus kepadanya.

Lama menyepi, rupa-rupanya NJWA sudah bergelar ibu kepada seorang cahaya mata perempuan berusia 2 tahun.

“Saya kini kembali buat persembahan terutama selepas filem Rahsia keluar. Dan harapnya akan ada tawaran lain datang, insya-Allah,” katanya.

NJWA juga akui kini berusaha mencari keseimbangan antara menjaga anaknya Kaleela yang kini berusia dua tahun serta teruskan dengan kerja-kerja menyanyi.

“Sekarang masih lagi mencari keseimbangan itu kerana saya rasa sewaktu pandemik memang 100 peratus fokus kepada kehidupan peribadi. Tapi sekarang kena keluar balik,” katanya.

Anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu mendirikan rumah tangga dengan Idris Koh Keng Hui pada 26 Mac 2015. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.