THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. [V] “Sebagai Anak Saudara, Saya Tahu Kenapa” – Nabil Aqil Hormati Keputusan Syafiq Kyle Dan Mimi Lana
 [V] “Sebagai Anak Saudara, Saya Tahu Kenapa” – Nabil Aqil Hormati Keputusan Syafiq Kyle Dan Mimi Lana
Selebriti Sensasi

[V] “Sebagai Anak Saudara, Saya Tahu Kenapa” – Nabil Aqil Hormati Keputusan Syafiq Kyle Dan Mimi Lana

by VOKALIS 13/08/2023 489

CYBERJAYA – Pelakon Nabil Aqil memilih untuk menghormati keputusan keluarga Syafiq Kyle yang membatalkan majlis pernikahnnya dengan Mimi Lana.

Dia berkata, pihak keluarga percaya Syafiq yang juga bapa saudaranya mempunyai alasan tersendiri mengenai hal itu.

“Saya hanya mengetahui perkara itu menerusi group WhatsApp keluarga dan kami semua terkejut.

“Apa pun kami semua hormati keputusan dan faham mengenainya,” katanya.

Nabil yang sedang menjalani penggambaran drama Hawt Fellas bagaimanapun berkata, dia tidak mengetahui punca majlis berkenaan dibatalkan.

“Keluarga kami memang tidak bertanya walaupun terkejut sebab tarikh sepatutnya iaitu 18 haribulan ini sudah dekat,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pada lokasi penggambaran drama itu di DXN Cyberville di sini hari ini.

Ditanya mengenai Mimi, Nabil berkata wanita itu disifatkan seorang yang menyenangkan.

“Mimi seorang yang sangat kool dan chill. Tak nampak macam bakal makcik saya,” katanya tertawa.

Notis pembatalan majlis itu yang dibuat oleh pengurusan Mimi hanya diketahui setelah ia tersebar di media sosial Jumaat lalu. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Sensasi

Bakal Bergelar Suami Isteri Pada Jumaat Depan,

by VOKALIS 11/08/2023 434

KUALA LUMPUR – Pasangan selebriti, Syafiq Kyle dan Mimi Lana dilaporkan membatalkan majlis perkahwinan

Selebriti Sensasi

[V] “Saya Yakin Boleh Jadi Gay” –

by VOKALIS 03/08/2023 557

KUALA LUMPUR – Hero meningkat naik, Nabil Aqil meluahkan hasratnya untuk membawakan watak lelaki

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.