![[V] Safiey Illias Terharu Dapat Lamaran Fizz Fairuz – “Dia Yang Hubungi Saya Dan Rasa Macam Tak Percaya”](https://www.the-vokal.com/wp-content/uploads/2023/07/FEAT-VOKAL-17-2-850x560.jpg)
[V] Safiey Illias Terharu Dapat Lamaran Fizz Fairuz – “Dia Yang Hubungi Saya Dan Rasa Macam Tak Percaya”
KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik sensasi, Safiey Illias melahirkan rasa terharu apabila dia dilamar aktor Datuk Fizz Fairuz.
Safiey berkata, semuanya bermula pada November tahun lalu apabila dia dihubungi pelakon itu dan melahirkan hasrat untuk menggunakan lagu nyanyiannya Syinta Gila untuk runut bunyi filem Mat Tudung Begins.
“Sebenarnya Datuk Fizz yang hubungi saya dan macam tak percaya bila diberitahu mahu gunakan lagu nyanyian saya Syinta Gila.
“Saya memang tanya beberapa kali, maklumlah lagu ini dinyanyikan oleh saya dan syukur saya dimaklumkan sudah lepas tapisan Finas,” katanya kepada The Vokal.

Safiey menambah, tidak perlu timbul sebarang isu mengenai lagu itu kerana ia hanya dinyanyikan oleh dirinya.
Dia berkata lagu berkenaan berkisar mengenai seorang wanita yang perlu tabah berdepan dengan cabaran dan jangan ambil pusing kritikan orang lain.
“Lagu itu memang mengenai wanita secara umum tak ada sentuh mengenai mak nyah atau apa pun. Sebaliknya untuk memberikan semangat kepada wanita.
“Saya seronok kerana ada juga orang nampak kekuatan lagu ini dan mesej yang cuba disampaikan oleh saya,” katanya.

Pada masa sama, pemilik nama sebenar Mohd Safiuddin Ilias turut menolak dakwaan kononnya dia membayar Fizz supaya menggunakan lagu nyanyiannya itu.
“Saya pun hairan macam mana boleh timbul tohmahan begitu, tak wujud soal saya bayar. Memang Datuk Fizz yang nak guna lagu saya.
“Saya tak mahu ambil pusing apa pun saya seronok kerana lagu ini digunakan dalam filem yang bakal ditayangkan bukan saja di Malaysia tapi juga negara jiran,” katanya. – THE VOKAL