Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. [V] “Saya Yakin Boleh Jadi Gay” – Cabar Diri, Nabil Aqil Luah Hasrat Mahu Bawa Watak Lelaki Songsang
 [V] “Saya Yakin Boleh Jadi Gay” – Cabar Diri, Nabil Aqil Luah Hasrat Mahu Bawa Watak Lelaki Songsang
Selebriti Sensasi

[V] “Saya Yakin Boleh Jadi Gay” – Cabar Diri, Nabil Aqil Luah Hasrat Mahu Bawa Watak Lelaki Songsang

by VOKALIS 03/08/2023 595

KUALA LUMPUR – Hero meningkat naik, Nabil Aqil meluahkan hasratnya untuk membawakan watak lelaki homoseksual menerusi naskhah-naskhah akan datang.

Menerusi temu bual bersama majalah Maskulin, Nabil atau nama penuhnya Mohammad Nabil Aqil Muhammad Salehuddin mengatakan dia ingin mencabar diri untuk melihat sejauh mana kredibiliti lakonannya.

“Saya ada beberapa watak yang saya teringin nak cuba sekali. Pertama, watak seorang yang depres (kemurungan), kedua seorang ‘gay boy’dan yang ketiga, gangster.

“Kenapa gay boy? Sebab saya yakin yang saya boleh bawa watak itu sebab sekeliling saya pun dah ramai orang macam itu.

“Jadi, saya rasa saya boleh buat watak itu. Kepada penerbit di luar sana, jangan takut nak ambil saya untuk watak gay boy,” pesannya.

Mengulas tentang kecaman yang bakal dilemparkan netizen, Nabil akui dirinya bersedia untuk berhadapan situasi tersebut.

[VIDEO]

“Saya tak tahu nak cakap takut atau tak, cuma rasanya saya okey saja agaknya. Ini memang kemahuan saya, satu watak yang sangat kontra,” tekannya.

Dalam masa sama, peserta Hero Remaja 2017 itu berkata, dia sentiasa terbuka dengan komen yang diberikan netizen sama ada positif ataupun negatif.

Jelasnya lagi, dengan komen yang diberikan, dia mampu memperbaiki dirinya ke arah lebih baik. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Sensasi

[V] “Sebagai Anak Saudara, Saya Tahu Kenapa”

by VOKALIS 13/08/2023 520

CYBERJAYA – Pelakon Nabil Aqil memilih untuk menghormati keputusan keluarga Syafiq Kyle yang membatalkan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.