Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. VIBES International Beri Pendedahan Persiapan Jadi Artis – Jalin Kerjasama Dengan Finas
 VIBES International Beri Pendedahan Persiapan Jadi Artis – Jalin Kerjasama Dengan Finas
Semasa

VIBES International Beri Pendedahan Persiapan Jadi Artis – Jalin Kerjasama Dengan Finas

by VOKALIS 14/05/2024 341

VIBES International Agency, sebuah agensi berdaftar TikTok bersedia memberikan bimbingan supaya pemegaruh media sosial yang bermnat masuk ke dalam industri celik dan tahu realiti sebenar yang bakal mereka hadapi.

Pengasasnya, Datuk Seri Eizlan Yusof berkata, sebagai agensi latihan di bawah Kami Sempoi, dia menyambut baik saranan supaya mereka yang mahu menceburkan diri dalam industri seni tahu senario sebenar dan bukan menganggap ia sama seperti dunia media sosial.

“Kita kan berkerjasama dengan Finas khasnya dalam memberikan pendedahan kepada pemegaruh di bawah agensi kita agar mereka tahu realiti sebenar dunia dan industri kita.

“Pada saya kita sebagai artis yang ada pengalaman dalam bidang ini boleh memberikan gambaran dan maklumat sebenar kepada mereka termasuk membat persiapan seperti ke kelas lakonan sebelum bergelar pelakon,” katanya ketika ditemui pada majlis Appreciation Night Award Live Creator Tik Tok 2024 bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Ahad lalu..

Penganjuran malam anugerah ini sebagai satu inisiatif untuk menghargai para host Tik Tok yang bernaung di bawah agensi ini. Ia juga sebagai memupuk semangat pencipta kandungan Tik Tok untuk terus sukses dan cemerlang dalam bidang penyiaran kandungan Tik Tok.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri Finas, Zed Zaidi menyokong usaha itu kerana ramai pemegaruh yang masuk ke dalam industri tidak tahu sistem sebenar dunia seni lakon.

“Mereka tidak boleh samakan berlakon dan bercakap di depan telefon seperti mereka lakukan, ia perkara yang sangat berbeza.

“Malah mereka juga kena sedar, kerjaya lakonan memerlukan mutu dan komitmen serta disiplin yang tinggi bukan hanya suka-suka. Peminat juga tidak sama dengan yang menonton mereka di media sosial dan juga lakonan mereka,” katanya.

Zed berkata latihan dan pendedahan sebenar mengenai dunia lakonan dan seni perlu supaya pemengaruh ini lebih bersedia dan tidak menyusahkan pihak lain ketika di lokasi penggambaran misalnya.

Terdahulu pada majlis itu, seramai 64 pencipta kandungan Tik Tok diumumkan sebagai penerima anugerah daripada 10 kategori yang dipertandingkan.

Setiap penerima anugerah menerima pelbagai hadiah menarik antaranya dari Annisa Batik, Koperasi Al Nakah, Glamboot malah tajaan penginapan 4 hari 3 malam ke Krabi, Thailand oleh EDS Travel.

Dalam pada itu, Eizlan turut mengumumkan bakal bekerjasama dengan agensi umrah, Khadim Ummah melalui beberapa pakej umrah akan datang. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 281

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 427

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 293

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.