Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Zairita Azlin teroka peluang pelaburan antarabangsa menerusi FM2TW
 Zairita Azlin teroka peluang pelaburan antarabangsa menerusi FM2TW
Zairita Azlin bersama insan di sebalik kejayaan cemerlang beliau dan FM2TW, Tuan Hj. Mulyadi Bemban yang juga suami tercinta ( Berdiri dua dari kanan ), Heintje Nazaruddin, Pengarah Event FM2TW ( Berdiri paling kanan ), Abu Bakar Yahya @ ABY ( Berdiri dua dari kiri ) serta Mohd. Azrai, Director of operation & Administration FM2TW ( Berdiri Paling Kiri ).
Semasa

Zairita Azlin teroka peluang pelaburan antarabangsa menerusi FM2TW

by VOKALIS 14/11/2026 10

Inisiatif From Malaysia To The World (FM2TW) di bawah Ezcape Travel Tech Sdn. Bhd. berjaya meraih peluang pelaburan daripada tiga negara Asia Barat menerusi siri kunjungan dan rundingan strategik yang dijalankan baru-baru ini.

Zairita Azlin bersama insan di sebalik kejayaan cemerlang beliau dan FM2TW,
Tuan Hj. Mulyadi Bemban yang juga suami tercinta ( Berdiri dua dari kanan ),
Heintje Nazaruddin, Pengarah Event FM2TW (Berdiri paling kanan ), Abu Bakar Yahya @ ABY ( Berdiri dua dari kiri ) serta
Mohd. Azrai, Director of operation & Administration FM2TW ( Berdiri Paling Kiri ).

Usahawan wanita terkenal tanah air merangkap Presiden FM2TW, Datuk Dr. Zairita Azlin berkata, antara projek yang dirancang ialah pembangunan hospital berkonsepkan pelancongan kesihatan bersama rakan pelabur dari Amiriah Arab Bersatu (UAE).

FM2TW telah menandatangi kerjasama bagi program haji dan umrah bagi musim akan datang.

Menurutnya, hospital berkenaan bakal menawarkan konsep berbeza daripada kemudahan kesihatan sedia ada di negara ini.

“Kami berjaya bawa pelabur sebagai rakan strategik untuk satu projek yang kami rasa Malaysia memerlukan iaitu hospital pelancongan,” katanya ketika ditemui sekembalinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

Zairita Azlin bersama suami disambut kepulangan oleh sahabat dibelakang kejayaan beliau

Selain UAE, FM2TW turut mencapai kerjasama dengan dua lagi negara rantau Teluk khususnya bagi program Haji dan Umrah untuk musim akan datang.

“FM2TW telah menandatangani kerjasama bagi program Haji dan Umrah bagi musim akan datang.

“Kami berbangga apabila berjaya mendapat hubungan terus dengan mereka dan telah menandatangani MOU (perjanjian persefahaman),” katanya.

Bersama Pengarah Tourism Malaysia bagi pasaran Arab Saudi di Jeddah, Zaidi Kassim (berdiri tiga dari kanan )

Sementara itu, di Mesir, delegasi FM2TW mengadakan kunjungan ke pejabat Tourism Malaysia bagi mengukuhkan kerjasama serta menerima jemputan menyertai sebuah ekspo pelancongan yang dijadualkan berlangsung bulan depan.

Bersama Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir, TYT Dato’ Mohd Tarid Sufian (Berdiri dua dari kanan ).

Delegasi yang diketuainya turut mengadakan pertemuan dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di Kaherah dan Kedutaan Besar Malaysia bagi meneroka potensi kolaborasi serta peluang pasaran untuk syarikat tempatan.

Zairita berkata, siri kunjungan dan rundingan positif itu membuka lembaran baharu kepada peluang pelaburan asing, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi berpotensi dalam sektor kesihatan, pelancongan dan perkhidmatan bertaraf antarabangsa.

Zairita Azlin bersama Pesuruhjaya Perdagangan (Trade Commissioner) atau wakil pengurusan MATRADE di Kaherah, Mesir, Mohd Khairy Maidin.
Datuk Dr. Hjh. Zairita Azlin bersama Ustaz Ikhwan ( Berdiri paling kanan ) dari University Al Azhar Egypt sebagai wakil FM2TW di Mesir.

 

Pencapaian itu turut mencerminkan komitmen Ezcape Travel Tech menerusi FM2TW dalam menghubungkan syarikat tempatan dengan pelabur serta rakan perniagaan antarabangsa, khususnya di rantau Teluk.

“Misi ke Asia Barat merupakan pendekatan pertama FM2TW. Selepas ini kami akan ke Eropah memandangkan tidak lama lagi, ada beberapa delegasi dari benua itu akan datang bagi meninjau peluang pelaburan di Malaysia,” katanya. – THE VOKAL 

 

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

441,798 pengundi Melaka tunai tanggungjawab setakat 4

by VOKALIS 14/11/2026 11

Seramai 441,798 pengundi atau 66.02 peratus daripada keseluruhan 669,211 pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab

Semasa

Shahidan gesa DAK dibawa pulang, persoal transaksi

by VOKALIS 14/11/2026 38

KERAJAAN digesa mengambil tindakan segera bagi membawa pulang tiga ekor gajah Malaysia, Dara, Amoi

Semasa

Selepas pembedahan tujuh jam, anggota polis ditetak

by VOKALIS 13/11/2026 59

Anggota polis, Lans Koperal Thierry Rodger Fendy, 26, yang putus pergelangan tangan kanan akibat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.