Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Santai
  3. Zim Zim Ala Kasim – Angkat Kisah Benar Ustaz Kazim Elias
 Zim Zim Ala Kasim – Angkat Kisah Benar Ustaz Kazim Elias
Santai Semasa

Zim Zim Ala Kasim – Angkat Kisah Benar Ustaz Kazim Elias

by VOKALIS 20/05/2024 917

Kisah pendakwah bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias yang pernah berhadapan dengan penyakit misteri menjadi inspirasi dan diangkat dalam filem Zim Zim Ala Kazim.

Maka, ia telah memberi inspirasi kepada syarikat produksi Mawi World Entertainment untuk mengangkat kisah berkenaan menjadi sebuah filem berjudul Zim Zim Ala Kazim.

Pemilik Mawi World Entertainment iaitu produsi yang menerbitkan filem berkenaan, Mawi berkata, idea untuk menghasilkan filem tersebut bermula menerusi perjumpaan dengan dengan Ustaz Kazim.

“Ketika berjumpa kami berborak dan beliau telah berkongsi tentang kisah penyakit misteri yang dialaminya itu.

“Ia adalah satu kisah mistik dan sebenarnya apa yang dilalui Ustaz Kazim itu, saya juga pernah melalui keadaan yang lebih kurang dengan beliau,” jelasnya.

Ujar Mawi, setelah perkongsian kisah berkenaan, akhirnya dia meminta kebenaran untuk menghasilkan sebuah filem yang mengangkat cerita tentang pengalaman yang dilalui pendakwah berkenaan berhadapan penyakit misteri.

Menurutnya, dia berasa lega apabila Ustaz Kazim lantas memberikan persetujuan untuk penghasilan filem berkenaan.

“Kalau diikutkan tidak sukar untuk saya meyakinkan beliau. Dalam perjumpaan kali kedua, beliau ceritakan lebih mendalam dan pada perjumpaan kali ketiga saya turut membawa penulis skrip.

“Berkenaan dengan jalan cerita pula, kira-kira 70-80 peratus adalah kisah benar yang dipaparkan. Selebihnya saya ada tokok tambah untuk pastikan penceritaannya lebih menarik,” jelasnya.

Berkisarkan tentang sekumpulan pencari hantu yang sering melakukan aktiviti paranormal, filem kedua arahan Mawi itu dibintangi barisan pelakon hebat seperti Bell Ngasri, Anas Tahir dan Shanthesh Kumar selaku teraju utama.

Lebih menarik lagi, filem itu turut menampilkan Ustaz Kazim sebagai ‘hero’ serta Mawi sendiri yang berlakon dalam naskhah baharunya itu.

Dalam pada itu, Mawi tidak menafikan bahawa pendakwah tersebut ada meletakkam syarat jika mahu kisahnya itu diangkat menjadi filem.

“Syarat paling utama Ustaz Kazim sendiri mahu menjadi ‘hero’. Pada awalnya, saya dah ada pilihan untuk pegang watak beliau. Namun, beliau sendiri nak lakonkan watak dirinya.

“Memang agak terkejut juga, namun saya kagum dengan keberanian beliau untuk berlakon dalam filem ini,” jelasnya.

Filem Zim Zim Ala Kazim akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 13 Jun 2024. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Sensasi

‘Teal Blue’ Jadi Warna Pilihan Baju Melayu

by thevokal 11/03/2026 80

Menjelang seminggu sebelum menyambut Aidilfitri, seperti kebiasaannya tukang jahit menjadi orang paling sibuk kerana

Selebriti

‘Nak Raya Tapi Duit Tak Ada!’… Baby

by thevokal 11/03/2026 24

Penyanyi popular Baby Shima tampil dengan pendekatan berbeza untuk musim perayaan tahun ini menerusi

Selebriti

UTV Raih Sambutan Luar Biasa di Celebfest

by thevokal 10/03/2026 33

Platform penstriman Over-The-Top (OTT) UTV terus mengorak langkah memperluaskan pengaruhnya di peringkat antarabangsa apabila

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.