Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Fahmi Ucap Takziah – Sifatkan Arwah Rosminah Sumber Inspirasi
 Fahmi Ucap Takziah – Sifatkan Arwah Rosminah Sumber Inspirasi
Semasa

Fahmi Ucap Takziah – Sifatkan Arwah Rosminah Sumber Inspirasi

by VOKALIS 20/05/2024 731

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga aktivis teater yang juga bekas Ketua Jabatan Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Negara (ASWARA), Dr. Rosminah Mohd. Tahir, yang meninggal dunia malam tadi.

Fahmi berkata, Rosminah merupakan antara sumber inspirasi beliau ketika bergiat dalam bidang teater dan pementasan dahulu.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Takziah buat seluruh ahli keluarga,” katanya dalam satu hantaran ringkas di laman X.

Terdahulu, berita pemergian Rosminah, 65, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Keramat, di sini, petang semalam.

Difahamkan jenazah dibawa pulang ke Muar, Johor malam tadi untuk dikebumikan pagi ini.

Selain berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Aswara, Allahyarham juga pernah mengarah beberapa pementasan teater berskala mega, seperti Di Bawah Lindungan Kaabah, Muzikal Tun Mahathir, Muzikal Lantai T Pinkie, Muzikal Ibu Zain, Nyonya, Li Po, Mak Dara Nyonya dan Anugerah. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 166

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 183

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 171

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.