Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Sedunia
  3. “Baru Dapat Nota Muzik, Mereka Terus Main…” – Afgan Teruja Jayakan Konsert Dengan Orkestra Malaysia
 “Baru Dapat Nota Muzik, Mereka Terus Main…” – Afgan Teruja Jayakan Konsert Dengan Orkestra Malaysia
Sedunia Selebriti Semasa

“Baru Dapat Nota Muzik, Mereka Terus Main…” – Afgan Teruja Jayakan Konsert Dengan Orkestra Malaysia

by VOKALIS 01/12/2023 851

Penyanyi Afgan melahirkan rasa teruja bakal menjayakan konsert bersama orkestra Malaysia buat kali pertama di negara ini.

Pemilik nama sebenar Afgansyah Reza berkata dia memang meletakkan syarat untuk mendapatkan khidmat orkestra sebagai pemuzik kali ini bagi menjayakan konsert Afgan Live In Concert With Orchestra di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

“Saya sudah beberapa kali menjayakan konsert di sini dan untuk edisi kali ini memang saya minta supaya ia membabitkan orkestra sebagai pemuzik saya.

“Lebih istimewa ini juga julung kalinya saya diiriingi pemuzik daripada Malaysia dan saya tidak sabar menjayakannya,” katanya dalam sesi bersama media di sini hari ini.

Penyanyi lagu Jodoh Pasti Bertemu itu juga memuji kehebatan kira-kira 25 pemuzik orkestra dari Malaysia yang disifatkan hebat dan profesional.

“Saya memang kagum saat menjalani sesi latihan dengan mereka bila bertemu tadi, walaupun baru dapat nota muzik untuk konsert saya mereka sudah bisa memainkan dengan baik,” katanya.

Afgan bakal membawakan 25 buah lagu termasuk lagu nyanyi penyanyi tempatan yang masih dirahsiakan.

Untuk edisi kali ini, dia juga bakal berduet dengan rakan senegaranya Raisa berjudul Percayalah.

Kesemua 3,000 tiket konsert itu terjual pada persembahan yang akan berlangsung malam esok. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Jakel Cetus Fenomena Raya 2026, Fazura ‘Meletup’

by thevokal 26/01/2026 17

Selepas lebih empat dekad menguasai industri tekstil dan fesyen tempatan, Jakel akhirnya mencipta satu

Selebriti

Darah Beku Dalam Otak, Shamsul Ghau Ghau

by thevokal 24/01/2026 18

Selebriti Shamsul Ghau Ghau dirawat di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Serdang selepas

Santai Selebriti

Makar Fest XL Jadi ‘Titik Temu’ Seni,

by thevokal 19/01/2026 33

Di sebalik kemeriahan muzik, seni dan aktiviti keluarga, Makar Fest XL tampil membawa misi

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.