Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Nur Nilam Sah Bercerai Dengan Azlan Komeng, Orang Ketiga Didakwa Punca Perceraian
 Nur Nilam Sah Bercerai Dengan Azlan Komeng, Orang Ketiga Didakwa Punca Perceraian
Selebriti Semasa Sensasi

Nur Nilam Sah Bercerai Dengan Azlan Komeng, Orang Ketiga Didakwa Punca Perceraian

by VOKALIS 01/12/2023 1742

Isteri kepada pelakon senior, Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz mengakui suaminya itu telah melafazkan cerai terhadapnya.

Wanita itu memberitahu, dia hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur semalam bagi membuat pengesahan lafaz cerai.

Berita perceraian itu dimaklumkan sendiri oleh Nur Nilam menerusi satu perkongsian video di akaun TikTok miliknya.

Walau bagaimanapun, wanita berusia 45 tahun itu tidak memberitahu punca perpisahan mereka, namun seakan-akan memberi bayangan ia adalah disebabkan orang ketiga yang digelar sebagai ‘pelacur peribadi’ (PP).

“Saya dan Komeng sudah bercerai. Tapi kena tunggu Khamis akan ke mahkamah untuk sahkan lafaz cerai sebab lafaz dibuat di luar mahkamah.

“Aku rasa kau (orang ketiga) dah boleh buat persiapan majlis kesyukuran sebab kau teruja nak jadi isteri kepada artis. Aku doakan kau orang bahagia, supaya Allah memberi hidayah kepada kau orang,” getus Nilam.

Dalam pada itu, Nilam turut memberi bayangan mendakwa wanita itu pernah menjalinkan hubungan dengan Azlan sebelum dia berkahwin.

“Setahu aku, sebelum wujud kau, Komeng dah ada isteri tetapi kemudian cerai. Selepas itu dia berkahwin dengan aku, tetap tak ambil kau jadikan isteri. Boleh ke daripada title PP menjadi isteri?” soalnya.

Untuk rekod Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 107

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 126

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 121

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.