Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Zayn Rayyan Dibunuh Di Tempat Lain Bukan Di Lokasi Ditemui 
 Zayn Rayyan Dibunuh Di Tempat Lain Bukan Di Lokasi Ditemui 
Semasa

Zayn Rayyan Dibunuh Di Tempat Lain Bukan Di Lokasi Ditemui 

by VOKALIS 08/12/2023 674

Anak autisme Zayn Rayyan yang ditemui mati semalam, dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dicampak berhampiran aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya di Damansara Damai. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, tempat mayat Zayn Rayyan ditemui itu telah dilalui oleh polis semasa melakukan pencarian, tetapi tidak menemui mangsa.

“Kita temui kemudian, hampir hari ketiga pencarian, hari kedua lewat malam. Kita rumuskan bahawa mangsa tidak mati ditempat kejadian, mungkin mati ditempat lain kemudian diletakkan di situ,” katanya.

Mohd Shuhaily juga mendedahkan, hasil bedah siasat menunjukkan mangsa telah meninggal dunia 24 jam sebelum mayat ditemui.

“Apa yang kita boleh pastikan mangsa bukan mati disebabkan lemas,” ujarnya.

Beliau yang mewakili ibu bapa mangsa merayu kepada masyarakat setempat supaya menyalurkan apa sahaja maklumat yang boleh merungkai jenayah itu.

Sebelum ini, polis memaklumkan pihaknya telah merakam semula keterangan ibu bapa Zayn Rayyan selepas bedah siasat.

Hasil bedah siasat menunjukkan kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu mati akibat dibunuh.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata, kes kematian kanak-kanak itu diklasifikasikan semula sebagai bunuh selepas bedah siasat menemui kesan kecederaan pada leher dan badan mangsa. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna

by thevokal 31/01/2026 36

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, Ariani, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan menerusi

Santai Selebriti

Terus Kukuh… ‘Eskayvie Bukan Sekadar Jenama, Tetapi

by thevokal 27/01/2026 49

DALAM dunia kesihatan global yang semakin mencabar, permintaan terhadap solusi yang berpandukan ilmu, sains

Selebriti

Jakel Cetus Fenomena Raya 2026, Fazura ‘Meletup’

by thevokal 26/01/2026 58

Selepas lebih empat dekad menguasai industri tekstil dan fesyen tempatan, Jakel akhirnya mencipta satu

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.