Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Polis Ambil Barangan Di Blok R – Masih Cari Petunjuk Kes Bunuh Zayn Rayyan
 Polis Ambil Barangan Di Blok R – Masih Cari Petunjuk Kes Bunuh Zayn Rayyan
Semasa Sensasi

Polis Ambil Barangan Di Blok R – Masih Cari Petunjuk Kes Bunuh Zayn Rayyan

by VOKALIS 13/12/2023 621

Polis dilaporkan mengambil beberapa barangan bagi membantu siasatan selepas melakukan pemeriksaan rumah ke rumah kali kedua di Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai, Selangor, malam tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya akan melakukan analisa terlebih dahulu terhadap bukti-bukti yang diperoleh.

Menurutnya, setakat ini tiada perkembangan positif dalam usaha menjejak pembunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6.

“Kita perlu analisis terlebih dahulu semua penemuan-penemuan ini dan masih berusaha mengumpul bukti secukupnya,” katanya.

Mengenai sama ada sama ada terdapat arahan khusus pihak polis terhadap penduduk untuk kekal di blok mereka ketika pemeriksaan dijalankan, beliau berkata, penduduk boleh melakukan rutin harian mereka seperti biasa.

“Jika kita lakukan pemeriksaaan, mereka tiada di rumah atau berada di luar kawasan, kita akan tunggu dan panggil mereka untuk mass DNA screening (ujian DNA beramai-ramai),” katanya.

Terdahulu, dua kotak dilihat dibawa keluar selepas pemeriksaan pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama kira-kira dua jam di setiap rumah di Blok R apartmen berkenaan.

Kotak berkenaan dipercayai bahan bukti bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu yang mayatnya ditemukan di saliran air dekat kawasan apartmen berkenaan pada 6 Disember lalu.

Lebih 25 anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor melakukan pemeriksaan itu bermula 8.40 malam tadi dan berakhir kira-kira 10.30 malam.

Pemeriksaan didapati tertumpu di tingkat dua dan tiga blok berkenaan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Hafiz Suip Tamatkan Zaman Duda, Kini Sah

by thevokal 13/02/2026 40

Penyanyi Hafiz Suip kini kembali bergelar suami apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Fiona.

Santai Selebriti

Koleksi Raya 2026 Rizman Ruzaini Menyulam Warisan

by thevokal 09/02/2026 46

Sempena meraikan dua dekad perjalanan kreatifnya, Rizman Ruzaini memilih pendekatan yang lebih mendalam dan

Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 56

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.