Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Juri Puji Ziana Zain Dan Datuk Jamal Abdillah – Senior Yang Terus Bersaing Di AJL38
 Juri Puji Ziana Zain Dan Datuk Jamal Abdillah – Senior Yang Terus Bersaing Di AJL38
Selebriti Semasa

Juri Puji Ziana Zain Dan Datuk Jamal Abdillah – Senior Yang Terus Bersaing Di AJL38

by VOKALIS 18/12/2023 786

Senarai 12 lagu sudah diumumkan untuk bersaing dalam Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang bakal berlangsung 3 Mac 2024.

Di sebalik pengumuman itu, nama dua penyanyi senior dan legend iaitu Ziana Zain serta Datuk Jamal Abdillah dipetik seorang dari juri peringkat semi final Muzik-Muzik 38. 

“Semua penyanyi patut contohi Ziana dan Datuk Jamal yang tetap menyanyi sendiri tanpa menggantikan penyanyi lain di pentas ini meskipun sudah senior,” kata Azmeer. 

Dia berkata, sikap profesional itu wajar dipuji dan dicontohi sebagai sokongan bermakna terhadap lagu yang dicalonkan. 

Lebih manis, kedua-dua lagu penyanyi berkenaan iaitu Waktu (Ziana bersama Hasif Upin) dan Kucuma (Datuk Jamal bersama Wany Hasrita) layak ke pentas AJL38. 

Antara lagu yang layak terdiri daripada Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul), Astana (Ernie Zakri), Sutera (Aisha Retno) Darah (Marsha Milan) dan Santai (Naqiu mewakili Faizal Tahir). 

Kemunculan sekali lagi penyanyi Aina Abdul, Ernie Zakri dan Marsha Milan tentunya membuatkan para peminat tidak sabar untuk melihat siapakah yang bakal membawa pulang trofi Vokal Terbaik.

Selain itu, turut menggegarkan pentas final AJL 38 dengan kemunculan semula penyanyi terkenal Ziana selepas kali terakhir tampil di pentas berprestij itu 12 tahun lalu.

Kesemua lagu yang berjaya mara diadili oleh barisan juri profesional diketuai Datuk Mokhzani Ismail LY, Datuk Wah Idris, Cat Farish, Helen Yap dan Azmeer.

Senarai lagu yang bakal bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 :

1. Jangan Mati Rasa Itu – Aina Abdul 

2. Sutera – Aisha Retno

3. Santai – Naqiu 

4. Inilah Jalannya – Kugiran Masdo

5. Astana – Ernie Zakri 

6. Darah – Marsha Milan

7. Kalam – Shiha Zikir

8. Hasrat – Amir Jahari

9. Kucuma – Datuk Jamal Abdillah & Wany Hasrita

10. Bintang – Hael Husaini 

11. Waktu – Ziana Zain & Hasif Upin

12. Selagi Ku Ada – Khai Bahar & Nabila Razali

Masih terlalu awal, namun Sutera karya sepenuhnya Aisha mempunyai peluang cerah muncul juara AJL38. 

Namun pastinya bukan laluan mudah kerana karya air tangan Aina menerusi Jangan Mati Rasa Itu cukup pakej untuk diangkat sebagai pemenang utama. 

Begitu juga, ekspresi segar dan gubahan kemas Santai oleh Faizal Tahir yang dinyangikan Naqiu juga bukan karya sembarangan. – THE VOKAL 

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna

by thevokal 31/01/2026 37

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, Ariani, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan menerusi

Santai Selebriti

Terus Kukuh… ‘Eskayvie Bukan Sekadar Jenama, Tetapi

by thevokal 27/01/2026 50

DALAM dunia kesihatan global yang semakin mencabar, permintaan terhadap solusi yang berpandukan ilmu, sains

Selebriti

Jakel Cetus Fenomena Raya 2026, Fazura ‘Meletup’

by thevokal 26/01/2026 59

Selepas lebih empat dekad menguasai industri tekstil dan fesyen tempatan, Jakel akhirnya mencipta satu

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.