Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Pelarasan Tarif Elektrik: Tujuh Juta Pengguna Domestik Tidak Terjejas
 Pelarasan Tarif Elektrik: Tujuh Juta Pengguna Domestik Tidak Terjejas
Semasa

Pelarasan Tarif Elektrik: Tujuh Juta Pengguna Domestik Tidak Terjejas

by VOKALIS 22/12/2023 887

Suruhanjaya Tenaga (ST) menyatakan tujuh juta atau 85 peratus pengguna domestik di Semenanjung Malaysia tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik yang bermula 1 Jan hingga 30 Jun tahun depan.

ST menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, sebanyak 99 peratus atau 8.2 juta pengguna domestik pula masih menerima subsidi oleh kerajaan.

“Surcaj yang dikenakan kepada semua pengguna bukan domestik juga dikekalkan”.

“Kerajaan memperuntukkan RM1.9 bilion subsidi kepada kategori pengguna terlibat bagi meminimumkan impak surcaj Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) sepanjang tempoh pelaksanaan”.

ST menyatakan pengguna domestik dengan penggunaan elektrik 600 kilowatt per jam (kWj) dan ke bawah kekal menerima rebat dua sen.

Manakala, pengguna elektrik melebihi 600 sehingga 1,500 kWj tidak dikenakan surcaj manakala yang melebihinya, surcaj kekal pada kadar 10 sen setiap kWj.

Bagi pengguna bukan domestik dalam kategori tarif komersial, perindustrian voltan rendah, pertanian spesifik, operator air dan pembetungan pula, surcaj kekal pada kadar 3.70 sen setiap kWj.

Pengguna bukan domestik selain daripada yang disenaraikan pula kekal dikenakan surcaj pada kadar 17 sen untuk setiap kWj.

Pengguna boleh merujuk bil elektrik bulanan masing-masing bagi memantau penggunaan elektrik dan subsidi diberikan selain membuat anggaran bil menerusi kalkulator tarif di laman web myelectricitybill.my. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Ayam Mati Akibat Renjatan Elektrik Sebelum Disembelih,

by VOKALIS 03/11/2026 10

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat sebuah premis penyembelihan ayam di Puchong selepas

Selebriti

Siti Nurhaliza Raih Dua Pengiktirafan ASEAN dan

by VOKALIS 03/11/2026 19

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila dua

Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 255

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.