Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Selepas Seribu Tahun – Imran Ajmain “Padam Dan Pergi” 
 Selepas Seribu Tahun – Imran Ajmain “Padam Dan Pergi” 
Selebriti Semasa

Selepas Seribu Tahun – Imran Ajmain “Padam Dan Pergi” 

by VOKALIS 25/12/2023 642

Selepas enam tahun tidak muncul dengan lagu baharu, Imran Ajmain kini kembali ke arena muzik dengan single berjudul Padam Dan Pergi.

Dihasilkan bersama dengan bakat baru, Ahmadul Amin, penglibatan ini menandakan pemisahan yang ketara daripada karya terdahulu Imran, mempersembahkan bunyi fast-tempo pop rock yang dipacu oleh gitar elektrik.

Sejak lagunya yang terakhir, Intan Dan Perak pada tahun 2017, Imran kini bersiap untuk menambat hati pendengar sekali lagi dengan usaha muzik terbarunya ini. 

Padam Dan Pergi merungkai hubungan kompleks yang tidak kena haluan, dengan lirik ringkas yang menyentuh, menggambarkan Imran sebagai seorang kekasih yang rentan mencari babak baru dalam hidupnya.

Penerbitan single ini diselaraskan secara strategik dengan konsert mini  Malam Seribu Tahun yang akan datang di Singapura pada 12 Januari 2024. Konsert tersebut juga diusahakan nanti untuk penggemar di Kuala Lumpur. 

Imran akan mempersembahkan lagu baru ini sebagai sorotan malam konsert, menawarkan penggemar pengalaman secara langsung bunyi baru ini yang melambangkan pemisahan daripada balada lembut mendayu-dayu yang sinonim dengan jenamanya.

“Padam Dan Pergi adalah pemisahan daripada gaya biasa saya. Single ini mencerminkan perkembangan peribadi dan muzikal bagi saya, meneroka stail baru dalam bunyi dan penceritaan.

“Saya terdetik nak release lagu ini setelah setahun memanggung di acara-acara indie dimana penontonnya semua hafal dan nyanyikan apa jua lagu yang dipersembahkan atas pentas bersama-sama penyanyinya. Ini untuk mereka semua,” katan penyanyi yang popular dengan lagu Seribu Tahun ini. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

‘Ayam goreng Amir Raja Lawak setaraf jenama

by thevokal 18/10/2025 27

AHLI perniagaan popular di Kelantan Dr Afif Mohd Ridzwan memuji kesedapan ayam goreng Amir

Selebriti

Nubhan ceraikan isteri, hadir mahkamah syariah esok

by thevokal 15/10/2025 46

SELEPAS sedekad mendirikan rumah tangga, penyanyi dan bekas bintang Akademi Fantasia Musim Keenam (AF6),

Selebriti

Faktor kesihatan, penat bukan punca Amad rebah…

by Deel Anjer 13/10/2025 59

“KONDISI Amad dalam keadaan baik, sihat dan fit untuk persembahan namun takdir berkata lain

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.