Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Mayat Carboot Sale – Sudah Lima Hari Mati Dengan Nota, “Please Call My Sister Or My Brother.” 
 Mayat Carboot Sale – Sudah Lima Hari Mati Dengan Nota, “Please Call My Sister Or My Brother.” 
Semasa

Mayat Carboot Sale – Sudah Lima Hari Mati Dengan Nota, “Please Call My Sister Or My Brother.” 

by VOKALIS 25/12/2023 777

Kejadian gempar misteri bau busuk yang membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di dalam sebuah kereta di tapak Car Boot Sale di Kota Damansara semalam disahkan oleh pihak polis. 

Kredit: Facebook Polis Daerah Petaling Jaya

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M Hussin Sollehuddin Zolkifly, pihaknya menerima laporan pada pukul 12.04 tengah hari Ahad berhubung penemuan mayat berkenaan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta jenis Perodua Bezza.

Kredit: Facebook Polis Daerah Petaling Jaya

“Lokasi kejadian bertempat di kawasan parkir kenderaan, Jalan Teknologi 3/9, Kota Damansara, Petaling Jaya.

“Si mati dipercayai telah meninggal dunia lebih daripada lima hari,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sehubungan itu kata beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat, melihat atau berada di tempat kejadian diminta tampil membantu siasatan.

Jelasnya, mereka yang mempunyai maklumat boleh hadir ke balai polis berdekatan atau berhubung terus dengan Ketua Polis Balai Kota Damansara, Asisten Superintenden Mohd Nasir Mustapha di talian 01132052062.

Sementara itu, video penemuan mayat berkenaan turut tular di laman sosial.

Kredit: Facebook Polis Daerah Petaling Jaya

Menurut salah seorang pelayar X (Twitter), mayat berkenaan ditemui oleh orang ramai yang mengunjungi ‘car boot sale’ berhampiran.

“Dia siap tinggalkan notes (nota). Memang ada dari Khamis lagi kereta tu rasanya.

“Dia tulis ‘please call my sister or my brother’. Semoga adik beradik dia tabah,” demikian antara komen netizen. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 99

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 111

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 109

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.