Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Sedunia
  3. Nenek 83 Tahun Mengaku Berzina – Bakal Kena 100 Sebatan
 Nenek 83 Tahun Mengaku Berzina – Bakal Kena 100 Sebatan
Sedunia Semasa

Nenek 83 Tahun Mengaku Berzina – Bakal Kena 100 Sebatan

by VOKALIS 26/12/2023 685

Nafsu tidak pernah mengenal usia dan andai terlalu mengikut hati pasti merana diri. 

Demikian yang berlaku membabitkan seorang nenek berusia 83 tahun sepatutnya bermanja dengan cucu, namun memilih seorang lelaki 40 tahun lebih mudah daripadanya untuk berasmaradana. 

Dalam kejadian di wilayah Pidie, Aceh, Indonesia wanita warga emas itu ditangkap melakukan hubungan intim dengan seorang lelaki yang jauh lebih muda daripadanya.

Gambar hiasan

Nenek yang hanya dikenali dengan nama F, ditangkap sedang berzina oleh penduduk kampung di Daerah Peukan Baro, Pidie dengan lelaki berusia 40 tahun yang dikenali sebagai Z. 

Segala-galanya bermula selepas penduduk kampung ternampak Z mengunjungi rumah F.

Disebabkan curiga, mereka melaporkan perkara tersebut kepada ketua kampung sebelum membuat serbuan di rumah F.

Pasangan tersebut dibawa ke balai raya untuk soal siasat yang mana kedua-duanya mengaku sudah dua kali menjalinkan hubungan seperti suami isteri.

Mereka kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa.

Kredit: AskLegal.my

Memetik laporan Serambi News, kedua-duanya sudah menjalani perbicaraan di Mahkamah Syar’iyah Sigli.

Setelah melalui beberapa siri perbicaraan, majlis hakim yang diketuai Ketua Hakim Dra Rubaiyah menjatuhkan hukuman kepada keduanya pada Khamis lalu.

Dalam keputusan itu, hakim menyatakan bahawa F dan Z telah dibuktikan secara sah dan meyakinkan, sudah melakukan zina.

Kredit: Mahkamah Syariah Tapah

“Mengenakan hukuman sebat awam ‘uqubat hudud kepada terdakwa Z dan F masing-masing 100 (seratus) sebatan,” demikian keputusan berkenaan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Koleksi Raya 2026 Rizman Ruzaini Menyulam Warisan

by thevokal 09/02/2026 4

Sempena meraikan dua dekad perjalanan kreatifnya, Rizman Ruzaini memilih pendekatan yang lebih mendalam dan

Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 25

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

Santai Selebriti

Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna

by thevokal 31/01/2026 58

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, Ariani, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan menerusi

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.