Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Stadium
  3. “Jangan Lupakan Derita Rakyat Palestin di Gaza” – Salah Kongsi Solidariti Namun Dikecam Peminat
 “Jangan Lupakan Derita Rakyat Palestin di Gaza” – Salah Kongsi Solidariti Namun Dikecam Peminat
Stadium

“Jangan Lupakan Derita Rakyat Palestin di Gaza” – Salah Kongsi Solidariti Namun Dikecam Peminat

by VOKALIS 27/12/2023 504

Angka korban rakyat Palestin yang kini mencecah puluhan ribu ekoran serangan tanpa henti Israel sejak Oktober lepas meruntun jiwa kemanusiaan dunia.

Bagaimanapun pada Isnin lepas, penyerang kelab bola sepak Liverpool, Mohamed Salah mengambil kesempatan sempena sambutan Krismas untuk menyuarakan solidaritinya terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Kredit: Instagram Mohamed Salah

Menerusi posting terkini di akaun Instagram, Salah yang juga pemain boleh sepak Mesir menyeru peminatnya supaya ‘tidak melupakan’ nasib rakyat Palestin di Gaza dan penderitaan yang dialami mereka.

“Krismas adalah masa untuk keluarga berkumpul dan meraikannya.

Kredit: Instagram Mohamed Salah

“Dengan konflik di Asia Barat terutama kematian dan kemusnahan di Gaza, tahun ini kita menyambut Krismas dengan berat hati serta berkongsi kesedihan mereka yang kehilangan orang tersayang,” tulis Salah.

Setakat berita ini ditulis, perkongsian terbaharu Salah itu mendapat sekitar 1.4 juta ‘likes’ dengan lebih 112,000 komen.

Kredit: Instagram Mohamed Salah

Bagaimanapun, hantaran berkenaan menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata meminta pemain bola sepak itu ‘sedar’ bahawa perkongsiannya tentang Palestin tidak enak dibuat tatkala sambutan perayaan sedemikian.

“Semoga Allah memberi petunjuk kepada kamu dan keluarga. Kamu tiada apa-apa tanpa Allah”, tulis penyanyi Malaysia Faizal Tahir yang mendapat 9,826 ‘likes’ dan 264 respon balas.

“Memalukan,” tulis Muhammad Mokaev yang juga atlet Mixed Martial Arts (MMA) Ultimate Fighting Championship (UFC) dan mendapat 9,255 ‘likes’ dan 206 respon balas.

“Kamu menyambut Krismas dengan berat hati? Kamu bergurau? Pertama sekali, kamu tidak sepatutnya menyambut Krismas tatkala pembunuhan beramai-ramai sedang berlaku di Palestin!!” tulis pemilik akaun haythemattouchi. 

Sebelum ini, Salah antara atlet popular di dunia Arab pernah dikritik kerana berdiam diri hampir seminggu mengenai isu Palestin tatkala ramai selebriti menyatakan solidariti kepada negara itu.

Akhirnya beliau memuat naik satu video di media sosial menyeru supaya pembunuhan beramai-ramai di Palestin dihentikan dan menyegerakan bantuan kemanusiaan kepada rakyat negara itu. – THE VOKAL 

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Erma Fatima Buat Comeback, Satukan Bintang A-List

by thevokal 17/02/2026 19

Selepas sedekad memberi tumpuan kepada penerbitan dan lakonan, nama Erma Fatima kembali menjadi sebutan

Selebriti

Hafiz Suip Tamatkan Zaman Duda, Kini Sah

by thevokal 13/02/2026 44

Penyanyi Hafiz Suip kini kembali bergelar suami apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Fiona.

Santai Selebriti

Koleksi Raya 2026 Rizman Ruzaini Menyulam Warisan

by thevokal 09/02/2026 49

Sempena meraikan dua dekad perjalanan kreatifnya, Rizman Ruzaini memilih pendekatan yang lebih mendalam dan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.