Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Kecoh isu lampu jalan gelap, PPj dedah kecurian berlaku luar Putrajaya
 Kecoh isu lampu jalan gelap, PPj dedah kecurian berlaku luar Putrajaya
Semasa

Kecoh isu lampu jalan gelap, PPj dedah kecurian berlaku luar Putrajaya

by VOKALIS 26/11/2026 4

SEBANYAK 28,400 daripada keseluruhan 28,430 aset lampu awam di bawah penyelenggaraan Perbadanan Putrajaya (PPj) berfungsi dengan baik, bersamaan 99.89 peratus.

PPj dalam kenyataan media memaklumkan, hanya 30 unit atau 0.11 peratus daripada keseluruhan aset berkenaan sedang menjalani kerja penyelenggaraan berdasarkan audit, rekod inventori dan status kawasan penyelenggaraan terkini.

Penjelasan itu dibuat susulan kebimbangan orang ramai berhubung isu kerosakan dan kecurian kabel lampu jalan di Putrajaya serta kawasan sekitarnya, terutama dari aspek keselamatan pengguna jalan raya.

Bagaimanapun, PPj menjelaskan kejadian kecurian kabel yang dibangkitkan baru-baru ini sebenarnya berlaku di luar sempadan pentadbiran Putrajaya.

Menurutnya, penyelenggaraan aset lampu jalan di Putrajaya dan kawasan sekitarnya turut melibatkan tanggungjawab beberapa agensi lain, justeru tidak semua kerosakan atau kehilangan aset berada di bawah bidang kuasa pihaknya.

“PPj juga memahami kebimbangan orang ramai mengenai keselamatan pengguna jalan raya, termasuk di laluan keluar dan masuk Putrajaya,” menurut kenyataan itu.

Dalam usaha memastikan kemudahan lampu jalan sentiasa berada pada tahap baik, orang ramai boleh menyalurkan aduan berkaitan kerosakan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Bersepadu (SISPAA) PPj di https://ppj.spab.gov.my.

PPj turut memaklumkan aduan membabitkan aset di bawah tanggungjawab agensi lain akan dipanjangkan kepada pihak berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

PPj menegaskan komitmennya untuk terus memperkukuh penyelenggaraan serta kerjasama antara agensi bagi menjamin keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan warga Putrajaya serta pengguna jalan Raya – THE VOKALĀ 

 

Share This:

Previous post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

by VOKALIS 26/11/2026 4

MALAYSIA bakal menjadi tumpuan peminat muzik rock antarabangsa apabila kumpulan nu-metal popular dari Amerika

Semasa

JAKIM perkukuh integriti, profesionalisme pensijilan halal Malaysia

by VOKALIS 25/11/2026 32

PENYELARASAN isu teknikal dan pemantapan tadbir urus menjadi antara tumpuan Muzakarah Panel Pengesahan Halal

Selebriti

Sekali lafaz, Shiqin Kamal kini isteri Mika

by VOKALIS 25/11/2026 44

PELAKON Shiqin Kamal, 35, sah bergelar isteri kepada jurulatih sukan memanah dan berkuda, Mika

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.