Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Lima kluster pacu pembangunan KL 2027, perumahan awam hingga bandar pintar diberi perhatian
 Lima kluster pacu pembangunan KL 2027, perumahan awam hingga bandar pintar diberi perhatian
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri TPr Fadlun Mak Ujud
Semasa

Lima kluster pacu pembangunan KL 2027, perumahan awam hingga bandar pintar diberi perhatian

by VOKALIS 26/11/2026 24

PEMBANGUNAN perumahan awam, persekitaran hijau, keselamatan infrastruktur dan pendigitalan antara lima keutamaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Belanjawan 2027 berjumlah RM3.299 bilion.

Perancangan itu dirangka bagi memastikan Kuala Lumpur terus berkembang sebagai bandar raya yang selamat, inklusif, berdaya saing serta menawarkan persekitaran kehidupan lebih berkualiti kepada penduduk.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri TPr Fadlun Mak Ujud membentangkan perincian Belanjawan DBKL 2027 dalam sidang media yang berlangsung pada Rabu. 

Belanjawan bertemakan ‘Rakyat Sejahtera’ itu memperuntukkan RM2.504 bilion untuk pengurusan dan RM795.76 juta bagi pembangunan, selain mengunjurkan hasil sebanyak RM2.563 bilion.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri TPr Fadlun Mak Ujud

Menurut satu kenyataan, Kluster pertama iaitu Kediaman Awam yang Inklusif dan Sejahtera menerima RM412.83 juta bagi memastikan aspek perumahan dan kebajikan komuniti terus diberi perhatian.

“Kluster itu memberi fokus kepada pengurusan dan pembangunan PA/PPR, Perumahan Madani dan Rumah Majlis serta kesejahteraan komuniti bagi meningkatkan kualiti hidup warga kota,” katanya. 

Bagi mewujudkan persekitaran lebih sihat dan lestari, Kluster Gaya Hidup Sihat, Hijau dan Vibran menerima RM319.78 juta.

“Antara agenda yang diberi penekanan ialah pembangunan bandar hijau dan lestari, program pejalan kaki berbumbung serta aktiviti kebudayaan, kesenian dan sukan.

“Usaha itu juga bertujuan mewujudkan persekitaran bandar yang sihat, aktif dan vibrant,” katanya. 

Dalam aspek keselamatan pula, Kluster Bandar Selamat dan Berdaya Tahan Iklim menerima peruntukan tertinggi sebanyak RM701.22 juta.

“DBKL memberi tumpuan kepada penyelenggaraan jalan raya, pengurusan sisa pepejal, mitigasi banjir serta penyelenggaraan dan pengurusan cerun.

“Langkah berkenaan dilaksanakan demi memastikan keselamatan dan ketahanan bandar raya,”katanya. 

 

Perkukuh sistem pentadbiran

Sementara itu, Kluster Bandar Raya Pintar dan Tadbir Urus Cemerlang menerima RM649.85 juta bagi memperkukuh sistem pengurusan dan pentadbiran ibu negara.

“Antara agenda yang digariskan ialah memperkukuh tadbir urus bandar raya, pengurusan sistem trafik dan lalu lintas yang cekap, dan penggunaan sistem digital bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan DBKL,” katanya. 

Kluster terakhir iaitu Bandar Raya Berdaya Saing dan Beridentiti menerima RM117.60 juta.

Melalui kluster itu, DBKL memberi fokus kepada program Lestari Niaga dan Warisan KL bagi memperkukuh ekonomi bandar, menyokong aktiviti perniagaan serta memelihara identiti dan warisan Kuala Lumpur.

Secara keseluruhan, DBKL menyasarkan lima kluster berkenaan dapat menyokong pembangunan bandar raya yang lebih seimbang, bukan sahaja dari sudut infrastruktur malah melibatkan kebajikan, ekonomi dan identiti masyarakat.

“DBKL terus komited melaksanakan pengurusan bandar raya yang cekap, pembangunan yang mampan serta penyampaian perkhidmatan yang berkesan demi kesejahteraan dan kualiti hidup warga kota,” tambahnya lagi. – THE VOKAL 

Share This:

Previous post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Kecoh isu lampu jalan gelap, PPj dedah

by VOKALIS 26/11/2026 27

SEBANYAK 28,400 daripada keseluruhan 28,430 aset lampu awam di bawah penyelenggaraan Perbadanan Putrajaya (PPj)

Selebriti

Limp Bizkit gegar Malaysia, Kuala Lumpur satu-satunya

by VOKALIS 26/11/2026 25

MALAYSIA bakal menjadi tumpuan peminat muzik rock antarabangsa apabila kumpulan nu-metal popular dari Amerika

Semasa

JAKIM perkukuh integriti, profesionalisme pensijilan halal Malaysia

by VOKALIS 25/11/2026 34

PENYELARASAN isu teknikal dan pemantapan tadbir urus menjadi antara tumpuan Muzakarah Panel Pengesahan Halal

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.