Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Ku Sangkakan Bujang, Rupanya… – Daler Yusuf Bakal Timang Anak Ketiga 
 Ku Sangkakan Bujang, Rupanya… – Daler Yusuf Bakal Timang Anak Ketiga 
Selebriti

Ku Sangkakan Bujang, Rupanya… – Daler Yusuf Bakal Timang Anak Ketiga 

by VOKALIS 28/12/2023 783

Ramai yang menyangka pelakon lelaki kacak berdarah kacukan Uzbekistan, Daler Yusuf masih bujang dan menjadi dambaan ramai. 

Ternyata sangkaan itu meleset, apabila empunya badan akhirnya membuka rahsia dan mengakui bakal menimang cahaya mata yang ketiga menerusi satu posting yang dimuat naik di TikTok.

Dalam hantaran itu, Daler atau nama sebenarnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, dilihat memuat naik gambar dirinya berpelukan bersama isteri sambil menunjukkan gambar keadaan terkini kandungan mereka.

Kongsi pelakon berusia 30 tahun itu, dia dan isteri telah mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang 10 tahun usia perkahwinan mereka.

“Alhamdulillah, sudah 10 tahun usia perkahwinan kami dan banyak turun naik kehidupan yang telah kami harungi.

“Namun, kami tidak pernah berputus asa dengan ujian tersebut. Cadangkan nama anak lelaki, please,” tulisnya. 

Dalam usia 10 tahun perkahwinannya, Daler dan isteri sudah dikurniakan seorang anak lelaki dan perempuan yang berumur sembilan dan tujuh tahun. 

Sementara itu, perkongsian Daler itu turut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya terkejut kerana tidak menyangka pelakon yang mula dikenali menerusi drama Tuan Anas Mikael itu sudah pun berumah tangga. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 166

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 183

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 171

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.