Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Mandi Manda Abang Adik Jadi Tragedi – Kanak-Kanak Ditemukan Lemas
 Mandi Manda Abang Adik Jadi Tragedi – Kanak-Kanak Ditemukan Lemas
Semasa

Mandi Manda Abang Adik Jadi Tragedi – Kanak-Kanak Ditemukan Lemas

by VOKALIS 29/12/2023 664

Keriangan rakan sebaya termasuk adik beradik yang mandi manda di sebuah sungai bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka berakhir dengan maut. 

Seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika mandi bersama adik dan rakannya di Sungai Tok Hakim, Kuala Terengganu pada petang semalam ditemukan lemas.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar, mayat Muhamad Harraz Ilman Mohd Syahril Redhuan, 11, ditemukan pasukannya di dasar sungai dalam keadaan tertiarap.

“Mangsa dijumpai pada jarak 30 meter dari tempat kali terakhir dilihat. Mangsa dipercayai lemas pada kedalaman lima kaki.

“Pihak polis mengesahkan mangsa meninggal dunia dan mayat mangsa diserahkan kepada Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan selanjutnya,” katanya. 

Dalam kejadian pada pukul 4 petang Rabu itu, turut hampir lemas adalah adik mangsa iaitu, Muhammad Firas Wafiy, 9, yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Besar.

Muhammad Firas Wafiy cuba menyelamatkan abangnya namun gagal apabila mangsa dihanyutkan arus, dia kemudiannya berjaya diselamatkan orang awam.

Seorang lagi kanak-kanak yang mandi di dalam sungai sama adalah Wais Alqarni Mahadi, 12, murid Tahun Enam SK Serada, rakan kepada mangsa dilaporkan selamat. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Hafiz Suip Tamatkan Zaman Duda, Kini Sah

by thevokal 13/02/2026 35

Penyanyi Hafiz Suip kini kembali bergelar suami apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Fiona.

Santai Selebriti

Koleksi Raya 2026 Rizman Ruzaini Menyulam Warisan

by thevokal 09/02/2026 45

Sempena meraikan dua dekad perjalanan kreatifnya, Rizman Ruzaini memilih pendekatan yang lebih mendalam dan

Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 55

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.