Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Maaf Sangat – Tiada Tambahan Hari Konsert
 Maaf Sangat – Tiada Tambahan Hari Konsert
Selebriti Semasa

Maaf Sangat – Tiada Tambahan Hari Konsert

by VOKALIS 08/01/2024 491

Buah hati kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza memohon maaf kerana tidak dapat menambah hari dan tiket bagi konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza pada 9 Mac 2024.

Beliau berkata, dia terpaksa membuat keputusan tersebut setelah mengambil kira pelbagai faktor.

“Tidak ada pengumuman baharu hari ini. Saya minta maaf tidak dapat tambah hari dan jualan.

“Kalau saya buat 10 Mac, sudah hampir Ramadan. Kalau 8 Mac pula ia adalah hari terakhir raptai untuk konsert itu.

“Ini saya dan team sudah fikir masak-masak. Sudah cuba untuk pertimbangkan, jadi tak mungkin tambah hari,” katanya semasa sidang media Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza di The Face Suite, Kuala Lumpur.

Penyanyi lagu Menyapa Dunia itu turut memohon maaf kepada mana-mana peminatnya yang tidak dapat membeli tiket konsert berskala besar itu.

“Saya mohon maaf sangat ramai tidak berkesempatan sebab tiket sudah habis dijual.

“InsyaAllah konsert seterusnya saya fikir untuk buat selama dua hari,” ujarnya.

Sementara itu, Siti Nurhaliza mengumumkan Judika akan menjadi penyanyi undangan pada konsertnya yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Penyanyi Indonesia, Judika

Siti Nurhaliza berkata, sebahagian jualan tiket konsertnya itu akan disalurkan kepada Yayasan Nur Jiwa untuk membantu umat Islam di Palestin.

Pada 21 Disember lalu, jualan konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza habis terjual dalam tempoh dua jam selepas ia dibuka untuk jualan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Hafiz Suip Tamatkan Zaman Duda, Kini Sah

by thevokal 13/02/2026 35

Penyanyi Hafiz Suip kini kembali bergelar suami apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Fiona.

Santai Selebriti

Koleksi Raya 2026 Rizman Ruzaini Menyulam Warisan

by thevokal 09/02/2026 45

Sempena meraikan dua dekad perjalanan kreatifnya, Rizman Ruzaini memilih pendekatan yang lebih mendalam dan

Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 55

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.