Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Sedunia
  3. 2023 Tahun Paling Panas – Hampir Lepasi Ambang Kritikal
 2023 Tahun Paling Panas – Hampir Lepasi Ambang Kritikal
Sedunia Semasa

2023 Tahun Paling Panas – Hampir Lepasi Ambang Kritikal

by VOKALIS 10/01/2024 551

Hampir melepasi ambang kritikal! Demikian status peningkatan suhu permukaan bumi yang menjadikan tahun 2023 ialah yang paling panas dalam sejarah.

Menurut pemantau iklim Kesatuan Eropah (EU) tahun lalu menjadi tahun paling panas dengan peningkatan suhu permukaan Bumi hampir melepasi ambang kritikal 1.5 darjah celsius.

Perubahan iklim memperhebat gelombang haba, kemarau dan kebakaran hutan di seluruh planet, dan termometer global merekodkan peningkatan 1.48 Celsius di atas penanda aras praindustri, lapor Perkhidmatan Perubahan Iklim (C3S), Copernicus.

“Ia juga tahun pertama dengan semua hari lebih satu darjah lebih panas daripada tempoh pra-industri.

“Suhu semasa 2023 berkemungkinan melebihi suhu mana-mana tempoh dalam sekurang-kurangnya 100,000 tahun yang lalu,” kata timbalan ketua Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S), Dr Samantha Burgess.

Timbalan Ketua Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S), Dr Samantha Burgess.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata, 2023 hanyalah ‘pratonton masa depan’ terhadap malapetaka yang menanti kita jika tidak bertindak sekarang, menurut jurucakapnya.

Hampir separuh tahun 2023 melebihi had 1.5 darjah Celsius, melebihi kesan iklim yang mana lebih berkemungkinan menjadi malapetaka, menurut saintis.

Tahun 2023 menyaksikan kebakaran besar di Kanada, kemarau yang melampau di Tanduk Afrika ( Horn of Africa) atau Timur Tengah, gelombang panas musim panas yang belum pernah berlaku sebelum ini di Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan China, bersama-sama dengan rekod musim sejuk yang paling panas di Australia dan Amerika Selatan.

Penemuan Copernicus adalah sebulan selepas perjanjian iklim dicapai di COP28 di Dubai yang menyeru peralihan beransur-ansur daripada bahan api fosil, punca utama pemanasan iklim.

“Kami sangat perlu mengurangkan penggunaan bahan api fosil dengan cepat dan mencapai sifar bersih untuk memelihara iklim yang boleh didiami yang kita semua bergantung kepada,” kata Profesor Sains Atmosfera di Universiti Leeds, John Marsham. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Siti Nurhaliza, Lesti Kejora muncul dengan Kumbang

by thevokal 22/10/2025 20

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membawa berita gembira kepada peminat muzik serantau apabila

Santai Selebriti

‘Ayam goreng Amir Raja Lawak setaraf jenama

by thevokal 18/10/2025 42

AHLI perniagaan popular di Kelantan Dr Afif Mohd Ridzwan memuji kesedapan ayam goreng Amir

Selebriti

Nubhan ceraikan isteri, hadir mahkamah syariah esok

by thevokal 15/10/2025 49

SELEPAS sedekad mendirikan rumah tangga, penyanyi dan bekas bintang Akademi Fantasia Musim Keenam (AF6),

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.