Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Abdul Mateen Dan Dayang Anisha Bertunang – Istiadat Perkahwinan Bakal Berlangsung 10 Hari
 Abdul Mateen Dan Dayang Anisha Bertunang – Istiadat Perkahwinan Bakal Berlangsung 10 Hari
Selebriti Semasa Serantau

Abdul Mateen Dan Dayang Anisha Bertunang – Istiadat Perkahwinan Bakal Berlangsung 10 Hari

by VOKALIS 10/01/2024 688

Putera Raja kacak dambaan ramai Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah selamat bertunang dengan pasangan pilihannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah pada Selasa di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei.

Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah

Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja berlangsung dengan rombongan Pengantin Diraja Lelaki menyampaikan hantaran pertunangan dikenali sebagai ‘Tanda Diraja’.

Memetik laporan Borneo Bulletin, istiadat pertunangan itu disempurnakan mengikut adat dan tradisi Diraja Brunei.

Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Diraja Sahibul Irshad Pengiran Abdul Rahim mengetuai delegasi Pengantin Diraja Lelaki.

Turut berangkat ke istiadat tersebut ialah Yang Amat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik Sultan Hassanal Bolkiah.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu akan berlangsung selama 10 hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, yang berlangsung pada Ahad.

Dijadualkan majlis pernikahan pasangan ini akan berlangsung pada 11 Januari.

Kredit: Borneo Bulletin

Acara puncak iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.

Pasangan diraja itu kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan, manakala majlis resepsi pula dijadual diadakan pada malam 15 Januari. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 58

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 56

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 62

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.